Pelita ini dari family sailboat, made in Hong Kong. Ini yang paling tinggi dalam famili dia. Tengok chimneynya macam bentuk gelas dan base pulak macam mangkuk pun ada. Saya dah ada tiga biji termasuk yang ini. 2 darinya dapat dari US tapi yang ini dapat dari utara jer. Atas gerobok lama tu la mereka bertemu. Puas bila melihat deretan pelita semakin bertambah...
Sunday, March 7, 2010
Tingginya dia, macam cawan pun ada
Salam hari minggu untuk semua. Agak lama menyepi lantaran keterbatasan waktu. Kini Lia cantiq nak tunjuk apa yang terbaru dari atas gerobok lama.
Thursday, March 4, 2010
Vintage Miniature Floral Fine Porcelain Oil Lamp For Sale
Masih ada 1 jenis pelita lagi yang nak dijual dari Lia Cantiq collection......
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Vintage Miniature Floral Fine Porcelain Oil Lamp made in Japan. Botol dan shade dari porcelain. Pelita vintage. Tinggi 4 1/2" Panjang 3 1/2" Comei!! RM170.00. Exclusive.... Ada 1 biji sahaja
Seperti biasa call/sms je kalau nak booking.
Sold...
J G Meakin Dianthus Flower Vintage Plate for sale.
Kali ini saya ada extra pinggan yang nak dijual.
J G Meakin Dianthus Flower Vintage Plate. Ada 6 biji. RM40.00 sebiji.
Sesiapa yang berminat boleh call/sms Lia 013 4304673. Borong semua, harga boleh diskaun.
Hasil buruan; Johnson Bros, Piring dan Cawan
Salam semua, dah beberapa hari tak de n3 baru kat sini. Agak sibuk sikit. Masih bercerita tentang hunting minggu lepas. Entah macam manalah saya boleh berkenan dengan koleksi2 cawan dan piring vintage ni.
Ready to pack
Set cawan vintage ini made in Japan. Cawan Itik.
Kacanya sangat nipis dan ringan. Warna gold. Saya tak pernah tengok cawan seperti ini. Masih mencari tekonya.
Set kedua ini pun apek ambik dari gantungan cawan lamanya. Saya tak tau bunga apa tapi memang cantiq dimata saya. Made in Japan juga.
Cawan twin rose ini hadiah dari Apek untuk Lia. Vintage, made in Japan. Cantiq.
Piring Moss Rose ini ada satu jer. Apek ni bagi free je kat Lia juga.. hehehe.
Pinggan Johnson Bros Khyber ni saya dapat 2 biji dari kedai nyonya. Sengih sampai telinga.. memang berbaloi-baloi harganya.
Monday, March 1, 2010
Pelita nyonya lagi..
Ini lagi satu latest pelita nyonya yang saya dapat. Botol warna coklat pulak. Selalu yang saya tengok botolnya warna hijau atau jernih je.
Cantiq pelita ini berchimney rendah.
cukup untuk kali ini. Layannnn.
Selamat datang....
Salam semua. Hari ini saya berjalan jauh. Bukan apa semata-mata untuk barang yang dah saya janji nak beli. Gerobok lama. Ambik sendiri dari Ipoh. Sambil menyelam sambil minum air. Merayap lagi minggu ni. Dapat jugalah pelita sebiji. Tak lah frust sangat. Jom tengok apa hasilnya.



Inilah almarinya. Semua dalam keadaan asal. Masa bawak balik tadi sebelum susun pelita lupa nak ambil gambar dulu. Dalam almari ni memang asal warna hijau. Kalau touch up sikit mesti cantiq. Nak kecek bapa saya tolong make-upkan, pasal dia pandai bab2 ni.
Barulah boleh bernafas pelita-pelita ni.
Masih ada ruang kosong. Tunggu kawan-kawan dia lom sampai lagi dari US.
Semua pelita nyonya dan pelita tinggi baru boleh pindah ke sini. Lapang sikit.
Sunday, February 28, 2010
Himpunan Pelita Nyonya
Pelita lama ini mesti ada kat semua rumah bloggers. Pelita Nyonya. Macam2 gambar nyonya yang ada.









Tengok pelita nyonya ni buat saya tersenyum sendiri... Apapun inilah gandingan pelita nyonya lama dan baru.

Pelita nyonya giant ni saya beli dengan chimney rendah ni

Saya tukar dengan chimney tinggi ni. Rasanya ini chimney asal untuk pelita ini.

Tengok burnernya. Tak berkaratpun cuma gambar kat tempat gantung tu dah hilang terus.
Minta maaf la, gambar ambik pakai hp cap ayam je
Piring bujang??
Salam hari minggu.. seharian tak buka netbook hijau kesayangan saya ni. Lia nak rehat sambil belek-belek hasil hunting jumaat lalu. Nak tergelak pun ada bila baca ida isk tanya kedai apek tutup ke hari jumaat tu.. perli ye??? hehehe.
On the way ke Kuala Sepetang semata-mata nak makan Mee Udang tu, saya singgah di pekan lama ni. Tiada satu pelita pun yang dijual kat kedai apeks kat sini. Ada 2 je kedai yang jual pinggan lama.
Meh, tengok apa lia dapat.
Penempatan kedai apeks berhampiran sungai ni dan juga balai raya lama ni.
Piring ini saya beli 6 biji setiap satu. Ada 2 saiz, satu saiz piring biasa yang lagi satu saiz kecik. Beli sebab cantiq. Saya tanya apeks cawan takde ke, dia cakap semua orang sudah beli. Nampak gaya kena cari kat rakan bloggers lah ni.. sapa ada roger-rogerlah ya.
Piring cawan pink kuning ni pun saya beli 6 biji juga tanpa cawan
Pinggan hidang ni saya terjumpa masa saya selak2 timbunan pinggan lama yang dah berhabuk. Saya cuma beli 2 biji saja untuk hiasan.
Mangkuk nasi Dutch berlekuk ni mula tengok macam taknak beli je. Kotornya bukan main. Tapi tah kenapa ringan je tangan ni mengambilnya. Ada 7 biji, saya ambil 6 biji sebab yang 1 tu mcm dah retak sikit. Semasa saya pergi kedai apek yang kedua ada juga mangkuk ni tapi mangkuknya licin je tak macam yang ini berlekuk kat luarnya.
Semua gambar ni saya ambik menggunakan handphone cap ayam so gambar kurang memuaskan,, layan je laaa.
Saturday, February 27, 2010
Mendengar guruh di langit......
Salam buat semua pengunjung setia liacantiq...hehehe, bukan lia yang cantiq ya. Ada lak yang kata perasan.
Panasnya kat sebelah Utara sekarang ni. Semalam masa jalan-jalan cari makan pun, macam tak sanggup je nak menyinggah-nyinggah.
Panasnya kat sebelah Utara sekarang ni. Semalam masa jalan-jalan cari makan pun, macam tak sanggup je nak menyinggah-nyinggah.
Jalan menuju ke destinasi.. Kuala Sepetang..
Mee Banjir Udang.. Hehehe. Memang banjir dengan udang berbanding dengan mee nya. Ada 10 ekor udang dalam mangkuk ni dan harganya RM10 je. Ini udang laut kalau udang kolam RM6.00 tapi berapa ekor udang tak tau lah pulak. Bolehlah makan sebab saya bukan pengemar mee kuah.
Selepas kenyang, berjalan lagi sampai ke pekan Kuala Sepetang. Macam pekan Koboi. Takde apa yang saya dapat di sini cuma mata ni asyik terpandangkan disetiap depan kedai mesti ada tempanyan.
Mendengar guruh di langit, air tempayan di curahkan..
Apalah yang nak ditunjukkan sebenarnya. Dua-duapun boleh. Tempayan ada, pelitapun ada. Antara koleksi tempayan yang saya ada. Ada yang saya beli dari Indonesia, ada dari rumah emak dan ada juga yang jumpa dalam tanah belakang rumah emak. Sekurang-kurangnya ada juga tinggalan kita untuk generasi akan datang. Nanti tempayan pun tak kenal...Zassss
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




























