Salam hari minggu.. seharian tak buka netbook hijau kesayangan saya ni. Lia nak rehat sambil belek-belek hasil hunting jumaat lalu. Nak tergelak pun ada bila baca ida isk tanya kedai apek tutup ke hari jumaat tu.. perli ye??? hehehe.
On the way ke Kuala Sepetang semata-mata nak makan Mee Udang tu, saya singgah di pekan lama ni. Tiada satu pelita pun yang dijual kat kedai apeks kat sini. Ada 2 je kedai yang jual pinggan lama.
Meh, tengok apa lia dapat.
Penempatan kedai apeks berhampiran sungai ni dan juga balai raya lama ni.
Piring ini saya beli 6 biji setiap satu. Ada 2 saiz, satu saiz piring biasa yang lagi satu saiz kecik. Beli sebab cantiq. Saya tanya apeks cawan takde ke, dia cakap semua orang sudah beli. Nampak gaya kena cari kat rakan bloggers lah ni.. sapa ada roger-rogerlah ya.
Piring cawan pink kuning ni pun saya beli 6 biji juga tanpa cawan
Pinggan hidang ni saya terjumpa masa saya selak2 timbunan pinggan lama yang dah berhabuk. Saya cuma beli 2 biji saja untuk hiasan.
Mangkuk nasi Dutch berlekuk ni mula tengok macam taknak beli je. Kotornya bukan main. Tapi tah kenapa ringan je tangan ni mengambilnya. Ada 7 biji, saya ambil 6 biji sebab yang 1 tu mcm dah retak sikit. Semasa saya pergi kedai apek yang kedua ada juga mangkuk ni tapi mangkuknya licin je tak macam yang ini berlekuk kat luarnya.
Semua gambar ni saya ambik menggunakan handphone cap ayam so gambar kurang memuaskan,, layan je laaa.
No comments:
Post a Comment