Panasnya kat sebelah Utara sekarang ni. Semalam masa jalan-jalan cari makan pun, macam tak sanggup je nak menyinggah-nyinggah.
Jalan menuju ke destinasi.. Kuala Sepetang..
Mee Banjir Udang.. Hehehe. Memang banjir dengan udang berbanding dengan mee nya. Ada 10 ekor udang dalam mangkuk ni dan harganya RM10 je. Ini udang laut kalau udang kolam RM6.00 tapi berapa ekor udang tak tau lah pulak. Bolehlah makan sebab saya bukan pengemar mee kuah.
Selepas kenyang, berjalan lagi sampai ke pekan Kuala Sepetang. Macam pekan Koboi. Takde apa yang saya dapat di sini cuma mata ni asyik terpandangkan disetiap depan kedai mesti ada tempanyan.
Mendengar guruh di langit, air tempayan di curahkan..
Apalah yang nak ditunjukkan sebenarnya. Dua-duapun boleh. Tempayan ada, pelitapun ada. Antara koleksi tempayan yang saya ada. Ada yang saya beli dari Indonesia, ada dari rumah emak dan ada juga yang jumpa dalam tanah belakang rumah emak. Sekurang-kurangnya ada juga tinggalan kita untuk generasi akan datang. Nanti tempayan pun tak kenal...Zassss
No comments:
Post a Comment