Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Tuesday, April 27, 2010

Pelita Merah, Hijau, dan Amber pulak

Salam semua. Jom jamu mata dengan koleksi terbaru yang tak pernah saya tengok. Sebabnya tak pernah terserempak dengan pelita-pelita ini.



Inilah dia 4 biji pelitanya. Kalau yang warna merah dah selalu kita jumpa tak kira made in China mahupun Hong Kong. Yang ini made in Hong Kong. Tapi yang hijau dan amber tu jarang sangat nak jumpa. Kalau yang amber colour tu, untuk jamu mata je lah tapi yang 3 biji tu memang untuk dijual. Sesiapa yang berminat sila ke http://galeriliacantiq.blogspot.com

Monday, April 26, 2010

Genie Double Handle Oil Lamp Moss Rose Design

Ada sebiji pelita Moss Ross ni sangat cantiq. Buatan Jepun. Saya nak jual koleksi ini. Sesiapa yang berminat boleh ke http://galeriliacantiq.blogspot.com untuk keterangan lebih lanjut
Inilah dia Genie Double Handle Oil Lamp Moss Rose Design made in Japan. 

Sunday, April 25, 2010

pelita lama baru jumpa..

Salam semua. Hari ini saya keluar jalan-jalan cari makan. Tapi kalau dah dapat keluar tu sambil menyelam sambil minum air. Jom tengok apa yang saya dapat
Ini dia pelita lama yang baru saya jumpa. Made in Hong Kong. Ada corak garis-garis kat botol pelita ni. Burnernya pun dah berkarat. 

Ini Pula mangkuk lama made in China yang saya terjumpa kat kedai nyonya ni. Sesiapa yang berminat dengan kedua barang lama ni, jemputlah ke http://galeriliacantiq.blogspot.com

Thursday, April 22, 2010

Sailboat berchimney gemuk

Salam mesra buat semua. Terima kasih kepada semua pengunjung blog lia cantiq collections. Masa agak terhad sejak kebelakangan ini. Tapi dek terpandangkan pelita yang satu ni, rasa terpanggil pulak nak masukkan n3nya..
Inilah dia pelita dari keluarga besar sailboat, multicolour oil lamp made in Hong Kong yang berchimney gemuk. Cantiqkan. Sungguhpun chimneynya ada sedikit sompek, tidakku peduli sebab bukan senang nak dapat! Jumpa lagi!!

Monday, April 19, 2010

Pelita lagi...

Pelita yang baru saya terima kali ini pun membuat saya tersenyum kepuasan. Apa taknya, cantiq sangat. Salam semua... Inilah pelita baru yang saya beli sebulan yang lepas, baru je dapat.




Vintage Ceramic Oil Lamp made in Japan juga dari seberang laut. Saya suka tengok bunga kat pelita ni, simple dan cantiq. Selamat mencuci mata..zassss

Sunday, April 18, 2010

Pelita oh pelita..

Itulah penangan pelita. Salam ahad.. Semalam saya ke peabat kastam di pejabat pos Butterworth. Apa taknya, tuntut satu kotak pelita yang ditahan di sana, wat suspen  jerrrr.
Penuh satu kotak besar dengan peanuts. Takut pecah.

Ini dia pelita yang baru dikeluarkan dari bungkusan buble. Puas hati, cantiq. 

Rose & Gold Trimmed Oil lamp. Cantiqkan. Special sangat.

Aladdin Style Oil Lamp/ Frosted chimney.
Tengok bunga kat base tu, lain dari yang saya ada sebelum ni.

Norcrest Flowered Handled Oil Lamp. Lain dari yang lain. Bunga rose berwarna coklat. Chimneynya halus. 

Milk Glass Oil Lamp. Macam kek. Masa saya nak beli pelita ni, ada kawan yang cakap semua cantiq kecuali yang ini. Tapi dimata saya, pelita ni bukan saja simple malah rasa lapar je. Apa taknya design macam kek. Nak minta Kak Ida tolong watkan cup cake sebiji macam ni. Boleh??

Taraaaa, cantiqnya kasut ni.. setuju dengan saya?
Two Dutch Looking Shoes Oil Lamps. Moss rose lagi! Akhirnya dapat juga letak dalam Lia cantiq collections. Pernah terlepas satu peluang dulu, kini lia dapat semula walaupun tak sama. Apa yang penting pelita kasut juga, hehehe
Walau diterbangkan nun jauh dari US sana, semua pelita ni made in Japan dan pelita vintage.. Lia sentiasa cari yang lama.

Saturday, April 17, 2010

Pelita aladdin naga..rare

Salam. Pelita ini saya baru dapat minggu lepas. Teruja sangat sebab susah nak dapat. Dan paling istimewanya, menambahkan koleksi pelita naga yang sedia ada.. Jarang tengok pelita ini kan. 



Pengumunan!!!

Salam pagi sabtu. disini ingin saya umumkan kepada semua terutamanya kepada peminat pelita lia cantiq collections.Saya baru saja membuka satu galeri lia cantiq. Di http://galeriliacantiq.blogspot.com terdapat semua pelita yang hendak saya jual. Kepada sesiapa yang berminat, seperti biasa calling2 la ya. Bukan apa, dah sarat tengok lia cantiq collections ni. Bagi ruang sikit untuk bernafas, hehehe. Harap medapat sokongan dari semua kengkawan bloggers.

Wednesday, April 14, 2010

Macam zoo la pulak

Ini antara himpunan pelita baru yang saya dapat semasa di Amcorp minggu lepas, 10/4/10. Angsa ada, harimau ada, singa ada, ikan pun ada....




Macam dalam zoo pulak. Cantiq pulak bila susun berderet semua pelita tu. Nampak lain sikit dari biasa. Semua pelita ni vintage made in Hong Kong. 

Selamat bertemu kembali

Salam dan selamat bertemu kembali. Keletihan dan kesibukan membuat saya tidak sempat nak update blog sejak balik dari AmCorp Mall minggu lepas. Seronok bertemu bloggers kat sana. Antara yang saya ingat, Adik Khairul, Eija dan adiknya, Kak Azah dari Nostalgia Zaman berzaman, Kak Ana dari Bukit Subang, Kak Nor dan kawan baik dia, Kak Y, Kak sheila, dan ramai lagi. Maaf lah ya kalau tak sebut nama disini. 


Tengok PA si Eija, sibuk...

Yang ni Kak Y tengah check stok pelita yang dia pesan. Cian Kak Nor kat depan tu. Nengok je la. Tapi banyak gak pelita yang diborong tu..
Ini saya dan Kak Y. 

Ini pulak hasilnya sekembali dari AmCorp hari ahad lepas, 11/4/10. Almari lama dapat di Ipoh. Sempat lagi singgah ambil almari ni untuk di bawa pulang ke Penang..hehehe

Friday, April 9, 2010

Let's gader-gader

Salam buat semua. Saya amat teruja nk jumpa teman bloggers di AmCorp pada hari sabtu 10/4/2010 ni. Selain nak amik pelita dari eija, teringin juga nak jumpa kengkawan yang selalu beli pelita saya. Selalu  dengar suara je kan, kali ini bolehlah bersua muka. So, jumpa saya di sana sabtu ni ya.. Kalau ada sesiapa yang nk pesan pelita, bolehlah saya bawakan sekali. Jimat postage..hehehe

Thursday, April 8, 2010

Creamer Jug and Sugar Pot for sale

Salam dinihari kepada semua. Kebetulan saya ada creamer jug dan sugar pot lebih yang hendak dijual. Brand Anchor Hocking Made in USA, oven proof. Ada 4 jenis dan warna yang berbeza.




Pearl Creamer Jug and Sugar Pot. 
Creamer Jug RM30.00.
Sugar Pot RM30.00 
Satu set RM50.00. Ada 1 set sahaja



Gold Creamer Jug and Sugar Pot.
Creamer Jug RM30.00. 
Sugar Pot RM30.00 
Satu set RM50.00. Masih ada 2 set lagi.


Marble Creamer Jug and Sugar Pot
Creamer Jug RM30.00.
Sugar Pot RM30.00
Satu set RM50.00. Masih ada 3 set lagi.

Sugar Pot RM30.00 sebiji. Ada 2 biji sahaja. Penutup sugar pot dan mulut pot ini berwarna kehijau-hijauan. Saiz sebesar cawan.

Wednesday, April 7, 2010

Pelita hijauuu

Salam buat semua. Mencari sedikit ruang waktu yang amat terhad. Lantaran masa jugalah ada kawan yang telefon bertanyakan pelita dah pos ke belum. Minta maaf ya, insyaalah, esok saya pos. Kalau ada masa bolehlah ke Amcorp Mall pada 10/4/2010. Boleh jumpa tokei pelita kat sana, hehehe
Saja nak buat tayangan sikit. Pelita ini sudah hampir sebulan saya terima tapi asyik tertangguh jer nak masukkan n3. 




Inilah pelitanya. Terbang dari US. Made in Hong Kong. Saya suka tengok corak pada botol pelita ini. Cantiq.. Cukuplah untuk hari ini. Jumpa lagi. 

Saturday, April 3, 2010

Pelita baru... panas!

Assalammualaikum..
Senyap seketika, bukan kerana apa tapi sibuk siapkan kerja yang tertangguh. Lewat petang semalam selepas waktu kerja saya masih sempat hunting dan inilah hasilnya....






Kebetulan saya dapat pelita-pelita ini dari Apek. Dan kebetulan juga moodnya baik nak melayan mencari pelita-pelita ini untuk saya.