Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Monday, August 23, 2010

Lampu Tidur Jadi Igauan...

Salam Ramadhan al mubarak. Mata asyik ngantuk je bulan puasa ni. Emmm, bestnya kalau tidur diterangi samar lampu minyak moss rose yang cantiq ini..lena diulit mimpi mau terbabas sahur nanti.. Jom kita tengok Porcelain Rose Boudoir Oil Lamp CMI chadwick Japan ni. Sangat menggoda peminat Moss Rose. Pelita ini dari base sampai ke topi mewah dengan moss rose Disetiap penjuru ada moss rose. 

Dari pandangan sebelah atas. Saja nak tunjuk bunga disekeliling tudung/topi pelita ni. 
Yang ini pun sama. Ada 4 kuntum moss rose pada botol pelita.
Jangan marah ye kengkawan, asalnya memang ada 2 biji, 1 untuk awak, 1 untuk saya...hehehe..

Tuesday, August 17, 2010

Happy Anniversary!!


Salam dan bersua kembali setelah lama menyepi. Pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya saya menyimpan koleksi pelita..Taraaa... Happy Anniversary. Sudah genap setahun, kebetulan pula saya mendapat pelita special ni.. Pelita anniversary made in Japan. 
Design pada botol pelita ni hand painted. Siap dengan ucapan 'Happy Anniversary' lagi. Memang cantiq.

Made in Japan..alamak tak perasan serial no. lia cantiq collections pun ada kat situ. Sesiapa yang berminat dengan pelita special ni, bolehlah call saya. Saya mungkin boleh menunaikan hajat anda untuk menghadiahkan pada yang tersayang...

Sunday, August 8, 2010

Sekadar mengingatkan...Hak Cipta Terpelihara

Salam.. Harap tiada yang lupa pada saya yang agak ketandusan n3 sejak kebelakangan ini. Memang kritikal penyakit 'M' saya...hehehe..
Dalam tempoh berehat ni, saya sempat berjalan-jalan melawat kawan-kawan bloggers yang lain. Malah sempat juga jengok-jengok ke webpage yang lain. Tetiba mata ni terpandang gambar-gambar yang amat saya kenal. Mungkin cantiq gambar tu membuatkan ia diabadikan di webpage tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ada pula yang terlupa memberi salam. Saya tidak kisah kalau ada sesiapa yang amat berkenan dengan gambar cantiq dari blog saya. tetapi sekurang-kurangnya berilah salam dan mohon izin. Saya bukanlah insan yang terlalu berkira sangat. Cuma kan lebih manis kalau kita minta izin untuk meminjam sesuatu dari tuan punya barang.Renung-renungkan dan selamat menjualllllllll

Monday, August 2, 2010

Sudah tersurat...

Salam... Semakin hampir Ramadhan semakin sayu hati saya. Ramadhan yang tidak seperti dulu. Terlalu banyak onak dalam kehidupan yang perlu saya tempuhi. Kepercayaan hilang tak kala ia sudah sebati dalam diri. Tekanan kiri dan kanan. Inilah dugaan paling menduga kesabaran. Saya terima semua dugaan dengan hati terbuka walau hati meronta. Hanya Dia yang tahu..
Kali ini tiada apa-apa n3 yang menarik yang nak saya tempekkan disini, Sekadar luahan hati.. ini kan blog saya yang boleh saya pergunakan untuk meluahkan segalanya disini. Ada ketikanya saya menerima pelpagai pujian bila koleksi-koleksi saya ditayangkan disini, ada ketikanya saya menerima pelbagai tohmahan yang dihantarkan ke hp saya. Apa salah saya?? Lia cantiq collections adalah himpunan koleksi cantiq saya, bukan lia yang cantiq. Saya sedar siapa diri saya. Tetapi saya yakin dengan diri saya, saya bersyukur kerana punya kekuatan, punya kesabaran yang tinggi. Sama juga dengan http://galeriliacantiq.blogspot.com, satu galeri yang menghimpunkan koleksi extra yang boleh dikongsi dengan sesiapa yang berminat. Saya bukanlah bertujuan berniaga untuk mendapat untung semata-mata. Berbicaralah dengan saya jika ada yang tersinggung dihati. Saya sangat terbuka menerima teguran.