Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Sunday, February 28, 2010

Himpunan Pelita Nyonya

Pelita lama ini mesti ada kat semua rumah bloggers. Pelita Nyonya. Macam2 gambar nyonya yang ada.
















Tengok pelita nyonya ni buat saya tersenyum sendiri... Apapun inilah gandingan pelita nyonya lama dan baru.




Pelita nyonya giant ni  saya beli dengan chimney rendah ni




Saya tukar dengan chimney tinggi ni. Rasanya ini chimney asal untuk pelita ini.




Tengok burnernya. Tak berkaratpun cuma gambar kat tempat gantung tu dah hilang terus.
Minta maaf la, gambar ambik pakai hp cap ayam je








Piring bujang??

Salam hari minggu.. seharian tak buka netbook hijau kesayangan saya ni. Lia nak rehat sambil belek-belek hasil hunting jumaat lalu. Nak tergelak pun ada bila baca ida isk tanya kedai apek tutup ke hari jumaat tu.. perli ye??? hehehe.
On the way ke Kuala Sepetang semata-mata nak makan Mee Udang tu, saya singgah di pekan lama ni. Tiada satu pelita pun yang dijual kat kedai apeks kat sini. Ada 2 je kedai yang jual pinggan lama. 
Meh, tengok apa lia dapat.






Penempatan kedai apeks berhampiran sungai ni dan juga balai raya lama ni.







Piring ini saya beli 6 biji setiap satu. Ada 2 saiz, satu saiz piring biasa yang lagi satu saiz kecik. Beli sebab cantiq. Saya tanya apeks cawan takde ke, dia cakap semua orang sudah beli. Nampak gaya kena cari kat rakan bloggers lah ni.. sapa ada roger-rogerlah ya.





Piring cawan pink kuning ni pun saya beli 6 biji juga tanpa cawan





Pinggan hidang ni saya terjumpa masa saya selak2 timbunan pinggan  lama yang dah berhabuk. Saya cuma beli 2 biji saja untuk hiasan.





Mangkuk nasi Dutch berlekuk ni mula tengok macam taknak beli je. Kotornya bukan main. Tapi tah kenapa ringan je tangan ni mengambilnya. Ada 7 biji, saya ambil 6 biji sebab yang 1 tu mcm dah retak sikit. Semasa saya pergi kedai apek yang kedua ada juga mangkuk ni tapi mangkuknya licin je tak macam yang ini berlekuk kat luarnya.
Semua gambar ni saya ambik menggunakan handphone cap ayam so gambar kurang memuaskan,, layan je laaa.