Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Sunday, June 27, 2010

Salam 1 Malaysia. Dinihari ni saya nak menjemput semua tengok collection terbaru saya, Genie 2 Handle Moss Rose Oil Lamp. Sangat cantiq. Chimney pun cantiq juga sebab ada Moss Rose di situ, sedondon gitu...
Saya sudah ada satu seperti ini tapi chimnenya clear glass. Bila dapat yang ini...hehehe lia senyum lagi..

Monday, June 21, 2010

Sekuntum mawar merah

Terima kasih untuk semua tetamu lia cantiq collections. Hari ini jom jamu mata lagi dengan bunga rose sekuntum ini. Dan yang lebih menarik lagi, saya ada 2 biji pula yang sama. Ada yang berminat nak letak dalam almari? Miniature Oil Lamp Pink Roses ini made in Hong Kong. Datang berhijrah ke Malaysia di rumah lia cantiq collections pulak. Datanglah ke http://galeriliacantiq.blogspot.com untuk pelita comei ni. Bye bye....

Pelita bunga lagi.....

Salam. Dah macam musim bunga pula. Pelita Pelbagai bunga. Baru terima minggu lepas. Comel je. Mat saleh cakap pelita ni namanya Pretty Porcelain Multi Floral Oil Lamp. Kalau tengok dari cop mohornya, dilahirkan dari Hong Kong, dibesarkan dari US dan datang berhijrah ke Lia Cantiq Collection. Jangan segan-segan layan!! Jumpa lagi

Friday, June 18, 2010

Pelita dari lorong

Salam sejahtera. Tenggelam timbul macam sabut pulak ya. Diam ubi berisi..hehehe. Mari saya tunjukkan pelita-pelita yang saya dapat dari celah-celah lorong.
Pelita Aladdin Dancing Couple. Pelita dancing couple yang pertama yang saya dapat setelah lama saya idamkan.

Ini pula saya panggil pelita Cup kek. Macam kek! 

Ini lain dari yang lain. Pelita torch light. Bentuk menara pun ada juga. Apa pun, yang penting vintage, made in Hong Kong..hehehe

Ini pula, pelita Angsa. Terlepas dari reban agaknya, lari masuk ke rumah saya.
Sekian dan selamat menjamu mata.

Thursday, June 3, 2010

Adik beradik, kaum kerabat??

Salam. Masih panas! Baru diterima. Pelita ni kiranya adik beradik, sepupu sepusat sepusing gak lah dengan sailboat multi colour oil lamp. Sailboat Brand Amber Oil Lamp. Tiada celoreng pada warna pelita ini. 


Specialkan kaki pelita ini. 

Tengok galerinya. Macam kunci pintu kan?




Design pada base sama.

Chimney memang berbeza.   
Sailboat brand made in Hong Kong.
Jangan jemu layan blog saya ye.. jumpa lagi

Wednesday, June 2, 2010

Seiring, sejalan

Seiring dan sejalan. Sepasang sehati, sejoli.. macam lagulah pula. Salam semua. Saya sudah pernah tunjuk pelita kesayangan saya ini di dalam n3 yang lepas. Bukan mudah nak dapat pelita ini; kasut moss rose. Akhirnya menjadi kepunyaan saya juga...untuk seketika.


Kini, kaki kanan kesayangan saya sudah melangkah jauh bertukar rumah. Tinggal kaki kiri saja yang masih setia bersama saya. Saya amat berharap mereka dapat disatukan kembali, insyaallah....

Tuesday, June 1, 2010

Pelita ku retak, sedih

Salam. Sakitnya hati bila pelita yang saya beli, retak. Apa tidaknya, sebelum beli, seller beritahu condition pelita ni sangat cantik dan tiada retak. Dah la tu, bila saya beritahu keadaan pelita ni, dia minta saya pulangkan semula tapi kos pos saya yang tanggung. Ada ke patut??
Inilah pelitanya, Vintage Oil Lamp made in Hong Kong. Saya ada pelita ini warna biru biru. Masih mencari warna hijau pula. Tunggu ye kengkawan n3 yang seterusnya..