Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Sunday, February 14, 2010

Jauh datangnya.... Macam Kek dan Kuih Lapis pun ada

Senyum lagi.. apa taknya dia dah sampai. Kali ini abang postman rajin pulak bawak kotak kecik ni ke Office.



Diterbangkan dari UK




Packing yang cantik dan selamat




 




Cantiq...macam kek, hehehe. Miniature Oil Lamp Made In Japan
Chimney ada deco flower. Ada Bunga kecik lak kat botol dia, 
cantiq sangat







Ini pula Miniature Oil Lamp Foreign Made. Foreign made? Rasanya made in Japan jugak pasal gallerynya sama dengan pelita yang kat atas tu. 
Saya suka tengok Pelita ni, bukan apa selain bertopi tapi coraknya macam kuih lapis pulak. Geram jer tengok macam nak makan, hehehe. Kalau kata pelita kuih lapis pun boleh gak. Nantila saya bagitau kat seller ni kalau di Malaysia corak macam ni dipanggil kuih lapis.. Layan je la.



Pelita Kuning, Hijau, Pelita Daun Comel dan Pelita Labu Comel untuk dijual

Masih ada stok yang hendak saya jual...
Kepada sesiapa yang berminat dengan koleksi saya, boleh call atau sms. 



Pelita kuning RM20.00. Masih ada 3 biji sahaja



Pelita Hijau RM20.00. Yang ini ada 1 jer.
Sold.








Pelita Daun Comel RM10.00 satu. Ada 2 biji sahaja.


Pelita Labu Comel RM10.00. Ada 1 sahaja.

u.p; Semua harga pelita tidak termasuk harga postage. Kos bergantung kepada berat setiap item. Apabila item dah dijual saya akan remark Sold. Kalau tak pasti boleh confirm dengan saya.


Selamat Tahun Baru Cina... Merah dan meriahnya

Salam 1 Malaysia...
Malam ni meriahnya Kawasan perumahan saya. Mercun sana sini. Tanglung bergantungan sana sini. Tapi rumah saya berderetan dengan pelita merah...hehehe








Pelita ni saya pernah masukkan n3 sebelum ni. Tapi kali ni saya nak tunjuk pada semua, dah bertambah lagi satu, yang chimneynya beropol merah gelap sebelah kiri. Jauh datangnya dan chimney pun lain selain saiz botolnya yang berbeza.









Yang ini pula pelita bowling.. Ada 3 biji. 1 saya beli kat flea market, 1 dari Australia yang chimney celoreng dan yang merah macam ang pau tu pulak dari Ida Cottage.