Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Thursday, March 4, 2010

Hasil buruan; Johnson Bros, Piring dan Cawan

Salam semua, dah beberapa hari tak de n3 baru kat sini. Agak sibuk sikit. Masih bercerita tentang hunting minggu lepas. Entah macam manalah saya boleh berkenan dengan koleksi2 cawan dan piring vintage ni.




Ready to pack






Set cawan vintage ini made in Japan. Cawan Itik.
Kacanya sangat nipis dan ringan. Warna gold. Saya tak pernah tengok cawan seperti ini. Masih mencari tekonya. 





Set kedua ini pun apek ambik dari gantungan cawan lamanya. Saya tak tau bunga apa tapi memang cantiq dimata saya. Made in Japan juga. 


Cawan twin rose ini hadiah dari Apek untuk Lia. Vintage, made in Japan. Cantiq.



Piring Moss Rose ini ada satu jer. Apek ni bagi free je kat Lia juga.. hehehe. 



Pinggan Johnson Bros Khyber ni saya dapat 2 biji dari kedai nyonya. Sengih sampai telinga.. memang berbaloi-baloi harganya.

Monday, March 1, 2010

Pelita nyonya lagi..

Ini lagi satu latest pelita nyonya yang saya dapat. Botol warna coklat pulak. Selalu yang saya tengok botolnya warna hijau atau jernih je. 



Cantiq pelita ini berchimney rendah. 
cukup untuk kali ini. Layannnn.





Selamat datang....

Salam semua. Hari ini saya berjalan jauh. Bukan apa semata-mata untuk barang yang dah saya janji nak beli. Gerobok lama. Ambik sendiri dari Ipoh. Sambil menyelam sambil minum air. Merayap lagi minggu ni. Dapat jugalah pelita sebiji. Tak lah frust sangat. Jom tengok apa hasilnya.



Inilah almarinya. Semua dalam keadaan asal. Masa bawak balik tadi sebelum susun pelita lupa nak ambil gambar dulu. Dalam almari ni memang asal warna hijau. Kalau touch up sikit mesti cantiq. Nak kecek bapa saya tolong make-upkan, pasal dia pandai bab2 ni.




Barulah boleh bernafas pelita-pelita ni. 



Masih ada ruang kosong. Tunggu kawan-kawan dia lom sampai lagi dari US.







Semua pelita nyonya dan pelita tinggi baru boleh pindah ke sini. Lapang sikit. 

Sunday, February 28, 2010

Himpunan Pelita Nyonya

Pelita lama ini mesti ada kat semua rumah bloggers. Pelita Nyonya. Macam2 gambar nyonya yang ada.
















Tengok pelita nyonya ni buat saya tersenyum sendiri... Apapun inilah gandingan pelita nyonya lama dan baru.




Pelita nyonya giant ni  saya beli dengan chimney rendah ni




Saya tukar dengan chimney tinggi ni. Rasanya ini chimney asal untuk pelita ini.




Tengok burnernya. Tak berkaratpun cuma gambar kat tempat gantung tu dah hilang terus.
Minta maaf la, gambar ambik pakai hp cap ayam je








Piring bujang??

Salam hari minggu.. seharian tak buka netbook hijau kesayangan saya ni. Lia nak rehat sambil belek-belek hasil hunting jumaat lalu. Nak tergelak pun ada bila baca ida isk tanya kedai apek tutup ke hari jumaat tu.. perli ye??? hehehe.
On the way ke Kuala Sepetang semata-mata nak makan Mee Udang tu, saya singgah di pekan lama ni. Tiada satu pelita pun yang dijual kat kedai apeks kat sini. Ada 2 je kedai yang jual pinggan lama. 
Meh, tengok apa lia dapat.






Penempatan kedai apeks berhampiran sungai ni dan juga balai raya lama ni.







Piring ini saya beli 6 biji setiap satu. Ada 2 saiz, satu saiz piring biasa yang lagi satu saiz kecik. Beli sebab cantiq. Saya tanya apeks cawan takde ke, dia cakap semua orang sudah beli. Nampak gaya kena cari kat rakan bloggers lah ni.. sapa ada roger-rogerlah ya.





Piring cawan pink kuning ni pun saya beli 6 biji juga tanpa cawan





Pinggan hidang ni saya terjumpa masa saya selak2 timbunan pinggan  lama yang dah berhabuk. Saya cuma beli 2 biji saja untuk hiasan.





Mangkuk nasi Dutch berlekuk ni mula tengok macam taknak beli je. Kotornya bukan main. Tapi tah kenapa ringan je tangan ni mengambilnya. Ada 7 biji, saya ambil 6 biji sebab yang 1 tu mcm dah retak sikit. Semasa saya pergi kedai apek yang kedua ada juga mangkuk ni tapi mangkuknya licin je tak macam yang ini berlekuk kat luarnya.
Semua gambar ni saya ambik menggunakan handphone cap ayam so gambar kurang memuaskan,, layan je laaa.



Saturday, February 27, 2010

Mendengar guruh di langit......

Salam buat semua pengunjung setia liacantiq...hehehe, bukan lia yang cantiq ya. Ada lak yang kata perasan.
Panasnya kat sebelah Utara sekarang ni. Semalam masa jalan-jalan cari makan pun, macam tak sanggup je nak menyinggah-nyinggah.



Jalan menuju ke destinasi.. Kuala Sepetang..



Mee Banjir Udang.. Hehehe. Memang banjir dengan udang berbanding dengan mee nya. Ada 10 ekor udang dalam mangkuk ni dan harganya RM10 je. Ini udang laut kalau udang kolam RM6.00 tapi berapa ekor udang tak tau lah pulak. Bolehlah makan sebab saya bukan pengemar mee kuah.





Selepas kenyang, berjalan lagi sampai ke pekan Kuala Sepetang. Macam pekan Koboi. Takde apa yang saya dapat di sini cuma mata ni asyik terpandangkan disetiap depan kedai mesti ada tempanyan.

Mendengar guruh di langit, air tempayan di curahkan..










Apalah yang nak ditunjukkan sebenarnya. Dua-duapun boleh. Tempayan ada, pelitapun ada. Antara koleksi tempayan yang saya ada. Ada yang saya beli dari Indonesia, ada dari rumah emak dan ada juga yang jumpa dalam tanah belakang rumah emak. Sekurang-kurangnya ada juga tinggalan kita untuk generasi akan datang. Nanti tempayan pun tak kenal...Zassss





Wednesday, February 24, 2010

Sekadar untuk tatapan bersama...

Salam semua. Saya masih di office lagi. Bukan banyak kerja tapi inilah kerjanya. Tengahari tadi saya terima lagi kad jemputan ke PostOffice. Dengan jasa baik seorang rakan sekerja dapatlah saya wakilkan dia ke Post office. Mai share apa yang Lia terima..






Tengok kotak pun dah tau dari jauh ni. US lagi. 






Saya bernasib baik barang tak pecah. Tengok packingnya. Selamat dibungkus dengan buble. Barang tak pecah, kalau tak meraunglah lia. Bayar lebih untuk postage & handling charges pun puas hati.



Nampak sangat tak menyempat2. Possing kat office





Taraaaa. Ini lah pelitanya. 1970's Glass Oil Lamp Vintage Chimney burner font. Made In Hong Kong. Amber colour.
Saya baru ada 2 pelita yang lebih kurang macam ni. Tunggu ya kengkawan, mana tau ada yang dah jemu duduk kat US, nak ikut balik Malaysia pulak terutamanya Penang... Zassss!!

Cermin diriku.

Salam pagi Rabu. Enak diulit mimpi. Saya baru nak mengadap netbook. Tercari-cari apa yang menarik untuk santapan mata. Sesekali mata saya meliar melihat sekeliling rumah. Pandang dinding kiri, ada cermin, nak kedapur ada cermin, bawah tangga pun ada cermin yang masih belum bergantung. Tengok dalam handbag pun ada cermin, tapi cermin ni berbeza sekali. 



Tak ada beza dengan cermin biasa? Pada mata saya ada. Terang cermin ni. Masih elok 


Ini yang nak ditunjukan.Permukaan masih ada warna biru. Ada gambar Naga dan Burung Cenderawasih. Frame tembaga. Bingkai tepi tu warna hijau. Puas saya cuci ingatkan daki, rupanya memang cat dia.


Corak tepi bingkai cermin. Saya dapat cermin ni 2 minggu lepas. Memang cantiq. Layannnn