Hijauuuu... cantiqnya. Cerah mata melihat pelita ni. Saya gelarkannya Pelita bola sebab botolnya bulat seperti Bola. Chimney pun cantiqkan. Macam klim karipap. Tebal gak chimneynyan macam yang selalu saya dapat dari Australia dan US tu. Tapi adal dari mana, tak taulah pulak. Tak tulis apa-apapun kat bawah pelita tu.
Monday, February 22, 2010
Rezeki saya...
Salam buat semua. Semalam seharian di luar dari pagi lagi. Lepas poskan pelita untuk Ana dari Bukit Subang, saya terus drive mencari Pelita. Sampai saja tempat yang di tuju, 1st kiosk yang saya singgah dah melambai2 barang yang dicari minta dibawa pulang..... hehehe lia tersenyum lagi
Saturday, February 20, 2010
Mana satu pilihan kalbu????
Salam pagi Sabtu untuk semua. Apa nak makan breakfast ni ya? Takpun nak masak apa lah tengahari ni?? Lapar la pulak..hehehe
Masak dalca daging, ikan gelama masin, ulam daun pegaga, emmm sedapnya. Cicah pulak dengan sambal belacan. perghhh, memang sodap... leleh air liur. Tapi nak wat sambal belacan janganlah pulak di blender. Tumbuk dalam lesung batu baru sedap kannn....
Masak dalca daging, ikan gelama masin, ulam daun pegaga, emmm sedapnya. Cicah pulak dengan sambal belacan. perghhh, memang sodap... leleh air liur. Tapi nak wat sambal belacan janganlah pulak di blender. Tumbuk dalam lesung batu baru sedap kannn....
Lesung baru ni saya dapat di Bandung masa on the way nak ke Tangkuban Parahu 2 tahun lepas. Bayangkan 8 hari ke Bandung, Puncak & Jakarta. Berapa banyak bag saya bawa balik? Tambah lesung ni, tax sesaja lah. Memang dah dalam shopping list. Tak pernah gunapun....tak reti hehehe. Tapi menurut kengkawan yang sama-sama tiru beli diorang dah expert pakai ni. Tenyeh bukan tumbuk katanya.
Antara koleksi yang ada
Saya suka yang 3 biji ni...cantiq
Bila tengok benda ni teringat kat maid saya dari Medan. Mak oii bibik, besarnya batu giling ni. Dekat 5 kilo lebih beratnya. Semasa dia balik bercuti ke Medan saya pesan dia bawak balik lesung batu yang macam gambar kat atas tu, tapiiii ha ko! ni hah yang dia usung sampai pecah bag Tupperware kesayangan saya dibuatnya. Dia bilang, "enak ni bu kalau mau dibikin jamu. Disana emamg pakei ini untuk bikin jamu" hemmm layan je la. Penyudahnya terperuk bawah singki dibuat deko..
Lesung batu pemberian mak kepada saya selepas saya berkahwin. Asalnya diberi oleh ibu mertuanya kepada mak saya. Kecik dan comel je. Memang saya kecek lesung ni.
Lesung yang warna hitam tu ringan je. Jadi mainan anak2 masa kecik dulu. Tengok alunya, dah ada plaster. Apa taknya sampai retak dibuatnya. Bibik takut saya marah dipalsterkan takut patah.
Lesung kayu. Buat somtam sedap ni..
2 biji piring batu ni boleh letak sambal belacan. Kalau di Bandung bila makan masakan Sunda, mereka akan hidang sambal belacan dalam bekas ni untuk makan dengan lalap (ulam)
Batu giling yang kat bawah lesung2 batu tu saya ambil dari rumah arwah atuk saya kat Kg Lubuk Batu Segamat Johor. Tak pandai nak guna, sekadar pelengkap hiasan.
Cantiq lesung batu putih ni. Kat makmal banyak le lesung ni..
Selamat menjamu mata
Wednesday, February 17, 2010
Pelita Crown - Vintage
Masih ada lagi Pelita Crown untuk di jual. Dari Hong Kong bukan China.

Pelita Crown, Vintage made in Hong Kong
RM23.00. Ada sesiapa yang berminat boleh contact atau sms saya.
lagi Pelita dari UK...
Masih ada satu lagi pelita dari UK yang baru saya terima.
Kecil je Pelita ni. Comel sangat. Miniature Floral Finger Lamp Empire Made. Kalau Empire Made ni dari Hong Kong. Pelita ni ada kembar dia sebenarnya.. jom kita cari..hehehe
Pelita dari tokey pelita
Dah lama saya beli pelita ni, tapi tak sempat nak tayang kat sumer. Cantiq. Saya beli 5 biji pelita seramik tu sumernya tapi 1 pecah. Tak sempat nak gamkan semula.



Pelita Seramik 4 biji. Cantiq dan besar.

Pelita Labu dan Pelita hijau pun dari eija cottage.
Labels:
Pelita Labu Hijau dan Seramik
Hari cuti, hari mengemas??
Salam semua..dah selesai raya cina. Dah nak kerja semula.
Saya tak kemana pun cuti panjang ni. Sambil2 duduk tu mata ni liar je tengok susunan pelita yang ciput tu. Ambik kain lembap apalagi, lap la habuk2 kat pelita tu..
Tak nampak sangatkan? Layan je lah. Antara deretan pelita yang ada. Almari belum sampai lagi. Penempatan sementara.. hehehe


Minta maaf la, picture kurang memuaskan. Al-maklumlah handphone cap ayam. Lega bila tengok chimney dah tak berabuk lagi. Yalah kerja mencuci seminggu sekali.
Sunday, February 14, 2010
Jauh datangnya.... Macam Kek dan Kuih Lapis pun ada
Senyum lagi.. apa taknya dia dah sampai. Kali ini abang postman rajin pulak bawak kotak kecik ni ke Office.





Diterbangkan dari UK

Packing yang cantik dan selamat


Cantiq...macam kek, hehehe. Miniature Oil Lamp Made In Japan
Chimney ada deco flower. Ada Bunga kecik lak kat botol dia,
cantiq sangat


Ini pula Miniature Oil Lamp Foreign Made. Foreign made? Rasanya made in Japan jugak pasal gallerynya sama dengan pelita yang kat atas tu.
Saya suka tengok Pelita ni, bukan apa selain bertopi tapi coraknya macam kuih lapis pulak. Geram jer tengok macam nak makan, hehehe. Kalau kata pelita kuih lapis pun boleh gak. Nantila saya bagitau kat seller ni kalau di Malaysia corak macam ni dipanggil kuih lapis.. Layan je la.
Pelita Kuning, Hijau, Pelita Daun Comel dan Pelita Labu Comel untuk dijual
Masih ada stok yang hendak saya jual...
Kepada sesiapa yang berminat dengan koleksi saya, boleh call atau sms.


Kepada sesiapa yang berminat dengan koleksi saya, boleh call atau sms.
Pelita kuning RM20.00. Masih ada 3 biji sahaja
Pelita Hijau RM20.00. Yang ini ada 1 jer.
Sold.

Pelita Daun Comel RM10.00 satu. Ada 2 biji sahaja.

Pelita Labu Comel RM10.00. Ada 1 sahaja.
u.p; Semua harga pelita tidak termasuk harga postage. Kos bergantung kepada berat setiap item. Apabila item dah dijual saya akan remark Sold. Kalau tak pasti boleh confirm dengan saya.
Labels:
Pelita Baru Untuk Dijual
Selamat Tahun Baru Cina... Merah dan meriahnya
Salam 1 Malaysia...


Malam ni meriahnya Kawasan perumahan saya. Mercun sana sini. Tanglung bergantungan sana sini. Tapi rumah saya berderetan dengan pelita merah...hehehe
Pelita ni saya pernah masukkan n3 sebelum ni. Tapi kali ni saya nak tunjuk pada semua, dah bertambah lagi satu, yang chimneynya beropol merah gelap sebelah kiri. Jauh datangnya dan chimney pun lain selain saiz botolnya yang berbeza.


Yang ini pula pelita bowling.. Ada 3 biji. 1 saya beli kat flea market, 1 dari Australia yang chimney celoreng dan yang merah macam ang pau tu pulak dari Ida Cottage.
Wednesday, February 10, 2010
New Arrival.... Pelita Japan
Salam semua. Petang tadi saya terperasan ada satu kotak dalam kabinet di belakang tempat duduk saya. Bila ambik je... hahaha sengih la sampai ke telinga..
Ini dia bungkusannya. Dari US...
Bila buka je kotak ni, tu diaaaa.. Cantiq!. Vintage Ceramic Spinning Wheel Miniature Oil Lamp Japan.
Cuba tengok chimney dia. Tebal dan berat sikit dari Chimney yang made in China.
Made in Japan..
Saya hampir terlupa pada pelita ni sebenarnya. Apa tidaknya lama sangat nak sampai ke Malaysia. Hampir 3 minggu. Tapi bila dah dapat sengih je laaa.
Yes, sayalah juara!!!
Comel sangat pelita ni, Pelita Piala. Warna gold. Kecil dan comel
Pelita Piala. RM25.00. Ada 2 sahaja. Berminat, calling2 atau sms la saya. Sold
Labels:
Pelita Piala untuk dijual
Pelita Enamel Merah Vintage
Di sini saya ada extra pelita lama yang nak dijual. pelita Enamel. Berat juga. Warna merah.
Pelita Enamel RM40.00. Gallery brass bukan besi. Ada 1 sahaja. Sesiapa yang berminat boleh call atau sms ataupun tinggalkan message kat shout box bersama nama dan contact no, senang nak contact.
Sold
Subscribe to:
Posts (Atom)










































