Masak dalca daging, ikan gelama masin, ulam daun pegaga, emmm sedapnya. Cicah pulak dengan sambal belacan. perghhh, memang sodap... leleh air liur. Tapi nak wat sambal belacan janganlah pulak di blender. Tumbuk dalam lesung batu baru sedap kannn....
Lesung baru ni saya dapat di Bandung masa on the way nak ke Tangkuban Parahu 2 tahun lepas. Bayangkan 8 hari ke Bandung, Puncak & Jakarta. Berapa banyak bag saya bawa balik? Tambah lesung ni, tax sesaja lah. Memang dah dalam shopping list. Tak pernah gunapun....tak reti hehehe. Tapi menurut kengkawan yang sama-sama tiru beli diorang dah expert pakai ni. Tenyeh bukan tumbuk katanya.
Antara koleksi yang ada
Saya suka yang 3 biji ni...cantiq
Bila tengok benda ni teringat kat maid saya dari Medan. Mak oii bibik, besarnya batu giling ni. Dekat 5 kilo lebih beratnya. Semasa dia balik bercuti ke Medan saya pesan dia bawak balik lesung batu yang macam gambar kat atas tu, tapiiii ha ko! ni hah yang dia usung sampai pecah bag Tupperware kesayangan saya dibuatnya. Dia bilang, "enak ni bu kalau mau dibikin jamu. Disana emamg pakei ini untuk bikin jamu" hemmm layan je la. Penyudahnya terperuk bawah singki dibuat deko..
Lesung batu pemberian mak kepada saya selepas saya berkahwin. Asalnya diberi oleh ibu mertuanya kepada mak saya. Kecik dan comel je. Memang saya kecek lesung ni.
Lesung yang warna hitam tu ringan je. Jadi mainan anak2 masa kecik dulu. Tengok alunya, dah ada plaster. Apa taknya sampai retak dibuatnya. Bibik takut saya marah dipalsterkan takut patah.
Lesung kayu. Buat somtam sedap ni..
2 biji piring batu ni boleh letak sambal belacan. Kalau di Bandung bila makan masakan Sunda, mereka akan hidang sambal belacan dalam bekas ni untuk makan dengan lalap (ulam)
Batu giling yang kat bawah lesung2 batu tu saya ambil dari rumah arwah atuk saya kat Kg Lubuk Batu Segamat Johor. Tak pandai nak guna, sekadar pelengkap hiasan.
Cantiq lesung batu putih ni. Kat makmal banyak le lesung ni..
Selamat menjamu mata
No comments:
Post a Comment