Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Sunday, February 14, 2010

Selamat Tahun Baru Cina... Merah dan meriahnya

Salam 1 Malaysia...
Malam ni meriahnya Kawasan perumahan saya. Mercun sana sini. Tanglung bergantungan sana sini. Tapi rumah saya berderetan dengan pelita merah...hehehe








Pelita ni saya pernah masukkan n3 sebelum ni. Tapi kali ni saya nak tunjuk pada semua, dah bertambah lagi satu, yang chimneynya beropol merah gelap sebelah kiri. Jauh datangnya dan chimney pun lain selain saiz botolnya yang berbeza.









Yang ini pula pelita bowling.. Ada 3 biji. 1 saya beli kat flea market, 1 dari Australia yang chimney celoreng dan yang merah macam ang pau tu pulak dari Ida Cottage. 



Wednesday, February 10, 2010

New Arrival.... Pelita Japan

Salam semua. Petang tadi saya terperasan ada satu kotak dalam kabinet di belakang tempat duduk saya. Bila ambik je... hahaha sengih la sampai ke telinga..



Ini dia bungkusannya. Dari US...



Bila buka je kotak ni, tu diaaaa.. Cantiq!. Vintage Ceramic Spinning Wheel Miniature Oil Lamp Japan. 



Cuba tengok chimney dia. Tebal dan berat sikit dari Chimney yang made in China. 


Made in Japan..
Saya hampir terlupa pada pelita ni sebenarnya. Apa tidaknya lama sangat nak sampai ke Malaysia. Hampir 3 minggu. Tapi bila dah dapat sengih je laaa.




Yes, sayalah juara!!!

Comel sangat pelita ni, Pelita Piala. Warna gold. Kecil dan comel



Pelita Piala. RM25.00. Ada 2 sahaja. Berminat, calling2 atau sms la saya. Sold

Pelita Enamel Merah Vintage

Di sini saya ada extra pelita lama yang nak dijual. pelita Enamel. Berat juga. Warna merah. 



Pelita Enamel RM40.00. Gallery brass bukan besi. Ada 1 sahaja. Sesiapa yang berminat boleh call atau sms ataupun tinggalkan message kat shout box bersama nama dan contact no, senang nak contact.
Sold

Monday, February 8, 2010

Rumah ku Syurga ku

Salam Semua.. dah beberapa hari tak jengok dan update blok yang sederhana ni. Almaklumla.....sedikit sibuk. nak raya lah katakan. Hehehe 


Pelita Rumah kini kembali....so...jangan tunggu lagi. Tinggal 1 jer. Barang lama, vintage. Susah gak nak dapat. Kebetulan dah ada ni tunggu apa lagi, siapa cepat dia dapat. RM30.00 jer. 
Sesiapa yang berminat, tinggalkan nama dan alamat atau sms je kat saya. Harga tak termasuk postage charges ye. Hold to E...

Thursday, February 4, 2010

Pelita Cawan.

Salam Semua. Masih ada 2 biji lagi Pelita cawan besar dalam simpanan saya yang nak saya jual. Sesiapa yang berminat bolehlah calling2. 



Pelita Cawan Besar RM18.00
Sesiapa yang dah buat tempahan bolehlah online ke account saya. Call atau SMS Lia..013 4304673.

Wednesday, February 3, 2010

Pelita untuk di jual...

Salam semua, masih ada extra pelita dalam simpanan yang nak di lelong. Ada satu jer. Cepat buat tempahan sebelum disambar orang.












Vintage Finger Aladdin Oil Lamp accentuated with gold ornate flowers.

ht: 6 1/2 inch, length: 5 1/2 inch. Made in Japan
RM140.00 - Sold out. 


Tuesday, February 2, 2010

Hikayat 1001 Malam..Aladdin dan Lampu Ajaibnya

 My magical lamp.......




 










Cantiq? Aladdin dari Turkey, hand crafted vintage ni. Tengok beza dengan mug kat sebelah tu. Besar dan tinggi. Dan sebab tu jugakla tak tergapai tangan ku ini ..... uwaaaa!!!


Aladdin and friends from China

Pejam celik dah bulan February... Masih mencari masih ada tak lagi koleksi pelita yang menanti untuk diperagakan di ruang blog yang sederhana ini. 



Kebanyakan rakan bloggers mesti ada koleksi aladdin ni. Sapa lagi kalau bukan tokey pelita yang supply. Tapi saya tak beli dari dia, sebab masa tu tak kenal lagi blog, hehehe. Antara pelita yang cantiq dan comel yang saya ada.



Sunday, January 31, 2010

hasil buruan... layannnn



Semalam saya nekad nak cari pelita lagi. Dari satu kedai ke satu kedai menapak tanya apeks kat situ ada pelita tak. Sumer tunjuk pelita nyonya baru. Tapi kat satu kedai tu terserempak dengan jija-craft. Dia tunjuk kedai pinggan apek lama. Saya rasa macam nak ikut apek tu naik loteng cari pelita. Tapi.... dia tak kasi sebab dah takde stok. Dapat la pelita naga bertopi dan pelita teratai bertopi kat apek ni.















Yang 2 biji pelita ni memang vintage. Yang macam buah nenas made in Hong Kong. Cimni susu original lagi. Tu yang akak suko.. Masa tanya kat apek ni dia cakap takde pelita. Saya masuk je kedai dah nampak kelibat pelita2 kat dalam almari antik kedai ni. Saya suruh dia amik, Mak ooi dia kuar kan 1....1....1....1. Sengih sampai ke telinga la...hahaha. Yang lain sumer pelita merah.




Merah... ada ong

Raya cina da semakin hampir. Sana sini bergantungan tanglung. Dari jauh nampak merah je. Meriah!!













Pelita merah jalur berbiji ni nampak serupa tapi tak sama. Yang kanan lebih tinggi. Ini made in China, yang sebelahnya lak made in Hong Kong. Warna pun tak sama. China lebih gelap banding dengan Hong Kong.


Pelita merah tiga beradik.. Cantiq












Pelita merah berombak. Botolnya macam baju cinderella pun ada gak. hehehe




Pelita labu kecik. Comel.












Lagi pelita untuk dijual

Salam hari minggu. Saya ada beberapa xtra pelita yang nak di clearkan dari dalam simpanan. Bukanlah tujuan nak menjual sangat.



pelita merah berombak. Ada 1 jer. RM18.00



Pelita Merah Jalur Berbiji. Ada 1 jer. RM18.00



Pelita Merah Jalur Melengkung. Ada 1 jer. RM18.00






Pelita Teratai dan Ayam Bertopi. 
Barang lama. RM25.00







Pelita Naga Bertopi. Ada 1 jer. RM25.00



Saturday, January 30, 2010

Pelita Crown - Vintage




Pelita Crown Vintage Made in Hong Kong. 
Tinggi 8"
 Cepat sebelum kehabisan. RM23.00 sahaja. 

Vintage Fine Porcelain






Vintage Fine Porcelain Aladdin Lamp - Hong Kong. Exclusive Moss Rose design. 6.5"ht 5.5" length. 
Special price, RM130 jer
Sold out

Let's gader-gader

Salam buat semua. Ada sesiapa ke yang yang nak gader2 kat Johor? Jom!!!



Hehehe... jom la kita naik ketapi Jepun gi gader2 kat Johor.Pas tu leh gi umah eija, si tokei pelita tu.. Senyum lak korang ni..



Tak pun kita naik kereta kuda Jepun ni gader2 kat Amcorp je.

Thursday, January 28, 2010

Pelita pondok2

Salam...
Saya baru jer start kumpul pelita ni tau.. about 5 bulan gitu. Memang ada pelita sebelum tu untuk hiasan rumah tapi taklah sampai gila pelita..hehehe
Mula tengok pelita ingat yang biasa2 mcm zaman bebudak dulu, rupanya mak ooi, macam2 bentuk yg ada.




Ni pelita rumah yg mula saya tengok dari seorang kawan. Dan ini juga pemberian dari kawan. Happy sangat akhirnya dapat.





Yang ni pula pelita telefon. Comel. Boleh main pondok2 la. Dapat kat bebudak mmg seronok ni.
Semua ni pelita lama made in China.