Sebelum ianya pupus, saya simpan dalam lia cantiq collections. Ini pelita yang digunakan untuk hiasan bilik tidur pengantin oleh kaum cina. Harap maaf gambar kelabu asap.. layannnn
Monday, March 29, 2010
Love is cinta
Cinta merah membara...hehehe. Cinta antara dua. Emmm macam tajuk lagu je kan. Sebesar manakah cinta anda?? Meh kita tengok!
Sunday, March 28, 2010
Sembang Ahad..
Salam hari minggu. Hari ini saya tergerak hati nak pergi hunting ke Penang, mana lagi kalau bukan Rope walk kat Stadium tu. 2 kali tawaf baru dapat parking walaupun sampai dah lewat. Masuk je mata ni terpandangkan pinggan antik nyonya duduk kat bawah pokok tu jual. Tanya harga, mak oiiii! terbeliak mata.
Tempat persinggahan kedua pun sama juga. Piring kuih dia jual harganya, geleng kepala jelah. Memang harga kat situ macam tu agaknya. Tapi kalau dah minat, nak wat camner kan..hehehe
Malam ni saya rajin jalan cuci mata, singgah kejap blog afiqahantikoleksi. Hehehe, terima kasih promosi saya. Sambil tunjuk koleksi yang ada, jual la sikit-sikit mana yang ada lebih tu.
Amat terharu mendengar cerita ada juga rakan blog (tak payah sebut la ya) yang sudah setuju nak jual barang, tetiba tak jadi sebab si suami tak kasi jual. Inikah etika bisnes yang baik?? Urusan jual beli walaupun belum selesai sepenuhnya tapi kalau kedua pihak dah setuju dengan harga yang ditawarkan, itu sudah menjadi satu aqad yang patut dipegang. Kalau tak nak jual jangan setuju dari mula, senang cakap jangan masuk n3 barang nak dijual siap dengan harga lagi. Pada pandangan saya, ini bukanlah contoh yang baik. Harap tidak terjadi kepada kita.
Friday, March 26, 2010
Dari jauh dia datang
Kedatangan yang dialu-alukan. Agak lama menanti, risau dia tak sampai. Akhirnya lia sudah boleh tersenyum lega.
Vintage Ornate whole Glass Miniature Oil Lamp Chimney. Hampir sebulan saya menunggu dia sampai. Risau dia sesat. Chimneynya specialkan. Ada jaring macam cekak rambut pulak.
Pelita ni pun saya terima pada hari yang sama. Ini Vintage miniature Oil Kerosene Lamp Green Globe. Made in Hong Kong. Chimney pelita ini pun special juga. Macam ada serombong kat hujungnya.
Cukuplah setakat ini. Jangan jemu ya menjengah ke sini. Selamat malam semua.
Thursday, March 25, 2010
Singapore vs Sabah
Salam buat semua. Saya terima 2 kotak dari kawan maya. Lama tunggu, akhirnya dapat juga.
Pelita dacing made in Hong Kong saya terima dari Sabah. Hasil barter dengan kawan kita Ryana. Terima kasih daun keladi.
Pelita Naga oren dan 2 set cawan ni pula terima dari Singapore. Terima kasih Kak Radia. Kalau ada lagi jangan lupa Lia ya.
Kedua pelita ni semua pelita vintage.
Labels:
naga oren dan cawan,
Pelita dacing
Tuesday, March 23, 2010
Pelitaku ada riben,cantiq
Dah hampir dua minggu saya terima pelita ini. Sekarang dah tiba giliran untuk tayangan..hehehe
Yellow Diamond Cut Designs Mini Oil Lamp. Cuba tengok kat lekuk tengah base ada riben kecil yang cantiq. Pelita Hong Kong dari US. Semoga tak jemu menatap koleksi saya yang serba sederhana ni. Jumpa lagi. Salam
Merah Putih
Pelita vintage Made in Hong Kong for sale
Pelita Merah Empat Segi. Pelita lama made in Hong Kong.
RM15.00 sebiji

Pelita Putih made in Hong Kong. RM30.00 sebiji. Ada sebiji ni sahaja. Sold
Labels:
Pelita merah putih untuk dijual
Monday, March 22, 2010
Mangkuk nasi tambah bunga kangkung
Minggu lepas saya terserempak dengan mangkuk nasi tambah bunga kangkung ni. Ada dua jenis coraknya. Mangkuk ni vintage bukan yang baru punya. Kalau baru boleh nampak perbezaan pada warnanya.



Bunga kangkung tiga kuntum.

Bunga kangkung dua kuntum
Saya ada extra kedua mangkuk ni. RM30.00 sebiji tidak termasuk harga pos. Tinggi 3" lebar 9". Sesiapa berminat calling-calling la ya.
Labels:
mangkuk Bunga Kangkung for sale
I dream of Genie!
Salam buat semua. Dah lama saya nak masukkan n3 pelita ni tapi bagi chance kat teko comel tu dulu.
Pelita yang terbang dari Us ni sangat cantiq. Vintage Antique Miniature Oil Lamp Yellow Roses Genie Type. Cantiq roses kuning ni. Sesekali ubah selera pulak, asyik rose merah je. Saya bernasib baik sebab terima pelita ni dalam keadaan baik. Bukan senang nak dapat..
Labels:
Oil Lamp Yellow Roses Genie Type
Puas sudah ku mencari...
Baru kini aku dapat. Salam dinihari. Hah! penat mencari akhirnya jumpa juga walaupun sedikit, alhamdulillah.Teruja! Itu je perkataan yang sesuai. Cantiq di mata saya. Vintage, special...
Sunday, March 21, 2010
Sekalung terima kasih
Terima kasih yang tak terhingga untuk Kak Yah dari Koleksi Antik Ibu kerana sudi mempelawa saya tepek award ini di Blog yang sangat sederhana ini.
Saturday, March 20, 2010
Pelita putih salju
Salam malam minggu..
Lia dan pelita..emmm puas bila tengok koleksi bertambah. Dan rasa bangga nak kongsi dengan semua pengunjung lia cantiq collections. Terima kasih masih sudi menjengah blog ini.
Lia dan pelita..emmm puas bila tengok koleksi bertambah. Dan rasa bangga nak kongsi dengan semua pengunjung lia cantiq collections. Terima kasih masih sudi menjengah blog ini.
Vintage Moss Rose Aladdin Oil Lamp. Made in Hong Kong. Moss Ross ni warna Pink. Chimney special sikit sebab original senget kat bahagian atasnya. Tapi disebabkan vintage, tak kisah
Oil lamp Miniature White Hong Kong. Kecilnya. Nampak tak botol pelita ni corak bintik-bintik. Sekali tengok macam piring terbang pun ada. Yelah, terbang pun dari US kan.
Labels:
Pelita Aladdin Moss Rose
Thursday, March 18, 2010
Pelita Naga sama tapi tak serupa
Salam.. Terima kasih untuk semua pengunjung blog lia cantiq collections. Saya teruja apabila ada seorang peminat pelita lia cantiq offer saya pelita naga yang memang saya cari.
Ini dia pelitanya. Pelita Naga Timbul. Vintage ni. Topinya ada love berlubang. Terima kasih ya Kak Ana ingat lia.
Pelita ni pulak pemberian seorang kawan. Warna dan corak sama cuma topi je lain sikit; ada corak love tapi tak berlubang. Piring naga ni kebetulan ada, nampak cantiq pulak sedondon dengan pelita ni.
Saya masih mencari pelita naga warna lain pulak.
Labels:
Pelita Naga Pink bertopi
Glamornya apek tu!
Salam buat semua. Lia cantiq tumpang glamor sama, hehehe. Banyak call masuk sejak kedai apek ni terpampang kat blog saya. Hari ni barulah sempat saya pungah khazanah apek yang baru saya terima minggu lepas. Jom cuci mata!








Teko mini entah dari lubok mana la apek ni dapat. Sapu jangan tak sapu. Bukan senang nak dapat. Tau dari mana saya dapat ni.. hahaha! Apek tu baru jumpa gamaknya, dia baru nak cuci sebab ada dalam bakul kat tepi bilik air kedai dia.

a} Deretan cawan ni membuatkan ramai yang call. Tapi maaflah, cawan ni janda. Jadi kena duduk diam-diam dengan Lia cantiq collections.
b} Mangkuk dutch, dancing couple. 3 biji mangkuk kecil, 1 biji mangkuk besar.

c} Mawar hitam....

d} Cawan moss rose. Pelita aladdin moss rose tu saja nak tayang.

e} 5 roses. Ada 3 biji. Belum terfikir nak jual lagi..

f} Bunga depan dan belakang mangkuk

g} Macam daisy pun ada.. hentam je la yang penting cantiq
h} Sakura sedang berkembang.

i} Pink roses.

j} Mangkuk tengah, wild roses. mangkuk kiri dan kanan tu serupa bunganya. 1 view dari depan dan 1 lagi view belakang.
k} Bunga bakul.
Semua mangkuk tadi keluar dari almari Doraemon ini. Habis dah saya rembat semuanya. Kalau ada pun yang tak berkenan dimata. Kaya apek tu. Rezeki saya terjumpa dengannya.
Semua koleksi ini bukan untuk dijual.
Subscribe to:
Posts (Atom)












































