Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Saturday, March 20, 2010

Pelita putih salju

Salam malam minggu..
Lia dan pelita..emmm puas bila tengok koleksi bertambah. Dan rasa bangga nak kongsi dengan semua pengunjung lia cantiq collections. Terima kasih masih sudi menjengah blog ini.



Vintage Moss Rose Aladdin Oil Lamp. Made in Hong Kong. Moss Ross ni warna Pink. Chimney special sikit sebab original senget kat bahagian atasnya. Tapi disebabkan vintage, tak kisah


Oil lamp Miniature White Hong Kong. Kecilnya. Nampak tak botol pelita ni corak bintik-bintik. Sekali tengok macam piring terbang pun ada. Yelah, terbang pun dari US kan.

Thursday, March 18, 2010

Pelita Naga sama tapi tak serupa

Salam.. Terima kasih untuk semua pengunjung blog lia cantiq collections. Saya teruja apabila ada seorang peminat pelita lia cantiq offer saya pelita naga yang memang saya cari. 



Ini dia pelitanya. Pelita Naga Timbul. Vintage ni. Topinya ada love berlubang. Terima kasih ya Kak Ana ingat lia. 


Pelita ni pulak pemberian seorang kawan. Warna dan corak sama cuma topi je lain sikit; ada corak love tapi tak berlubang. Piring naga ni kebetulan ada, nampak cantiq pulak sedondon dengan pelita ni.
Saya masih mencari pelita naga warna lain pulak.

Glamornya apek tu!

Salam buat semua. Lia cantiq tumpang glamor sama, hehehe. Banyak call masuk sejak kedai apek ni terpampang kat blog saya. Hari ni barulah sempat saya pungah khazanah apek yang baru saya terima minggu lepas. Jom cuci mata!



Teko mini entah dari lubok mana la apek ni dapat. Sapu jangan tak sapu. Bukan senang nak dapat. Tau dari mana saya dapat ni.. hahaha! Apek tu baru jumpa gamaknya, dia baru nak cuci sebab ada dalam bakul kat tepi bilik air kedai dia.



a} Deretan cawan ni membuatkan ramai yang call. Tapi maaflah, cawan ni janda. Jadi kena duduk diam-diam dengan Lia cantiq collections.

 
b} Mangkuk dutch, dancing couple. 3 biji mangkuk kecil, 1 biji mangkuk besar.






c} Mawar hitam....




d} Cawan moss rose. Pelita aladdin moss rose tu saja nak tayang. 



e} 5 roses. Ada 3 biji. Belum terfikir nak jual lagi..



f} Bunga depan dan belakang mangkuk



g} Macam daisy pun ada.. hentam je la yang penting cantiq


h} Sakura sedang berkembang.



i} Pink roses. 



j} Mangkuk tengah, wild roses. mangkuk kiri dan kanan tu serupa bunganya. 1 view dari depan dan 1 lagi view belakang.



k} Bunga bakul.


Semua mangkuk tadi keluar dari almari Doraemon ini. Habis dah saya rembat semuanya. Kalau ada pun yang tak berkenan dimata. Kaya apek tu. Rezeki saya terjumpa dengannya. 
Semua koleksi ini bukan untuk dijual.

Monday, March 15, 2010

Mawar merah pujaan kalbu

Salam ceria selalu. Banyak blog yang saya singgah mesti ada set moss rose. Tetapi lia cantiq collections cuma ada pelita je. Tetapi pelita kali ni ada jugalah moss ross, kira ok la tu. Ada gak kan, hehehe..
Jauh datangnya dari Amerika sana.






Ini dia pelitanya, Vintage Miniature Aladdin Oil Lamp Rose Design. Made in Hong Kong. Bunganya warna pink nak ke purple sikit.. Cantiq!

Sunday, March 14, 2010

Ingin kumiliki tapi tangan tak sampai


Itulah dia, ingin ku miliki tapi tak tercapai dek tangan. Tengoklah betapa banyaknya collection dia. Ini bukan rumah orang tapi kedai apek..uwaaaaa.
Geram jer mata ni melihatkan koleksi si apek. Apa taknya, berderet mangkuk yang cantiq-cantiq dalam kabinet dia. Tapi dia sangat baik hati bila sanggup panjat loteng cari vintage item untuk saya














Berderet collection apek ni. Sangat special sebab dia hanya collect mangkuk.1st time jumpa collection macam ni. Ada juga terselit teko/teaset dalam almari dia yang masih belum disusun lagi







Pinggan antik ni dikeluarkan dari bawah rak pinggan kat kedai apek. Puas saya kecek nak beli tapi dia taknak jual




Antara cawan lama yang saya beli. 













Antara mangkuk yang saya borong. Geram tengok sebab barang lama dan kebanyakan tak pernah saya tengokpun dalam blog sesiapa. Sampai ke hari ini saya masih belum susun barang ni. Baru terima semalam semuanya. Masih ada lagi saki baki yang saya beli tapi belum dapat lagi. Tunggu n3nya sikit hari lagi.







Saturday, March 13, 2010

Vintage miniature crown oil lamp

Saya masih ada extra pelita yang nak dijual. Sesiapa yang berminat bolehlah cantact handphone saya atau sms jer. Harga tidak termasuk postage ya. 









Vintage miniature crown oil lamp, kecil je. berchimney buncit, ada tiga warna; merah, biru dan hijau. Barang lama, cuba tengok kotaknya. Harga satu set RM50.00 sahaja. Tinggal 1 set. SOLD. siapa cepat dia dapat.
Setiap satu harganya RM20.00 sahaja. Masih ada beberapa biji.

Sailboat lagi...

Salam petang sabtu. Banyak hasil?? Cuti-cuti ni biasalah kemana lagi kalau tak hunting.. Saya gak yang tak berganjak dari depan netbook comel ni. Jom! masih lagi nak cerita pasal sailboat..hehehe. Pelita comel lagi



Macam hadiah pulak ye. Bila bukak inilah hasilnya. 


Inilah dia pelitanya, Vintage miniature Amber Glass Oil Lamp. Kecil, comel dan cantiq. warna amber. Base ada motif buah anggur, tapak pelita berbiku


Ini pulak saya Vintage Miniature green Glass Oil Lamp. Sama saiz, sebesar tapak tangan.
Kedua-dua pelita ini made in Hong Kong diterbangkan dari US. Jangan jemu ya melihat koleksi pelita saya dari Lia Cantiq Collections.. 

Friday, March 12, 2010

Cantiq dan comelnya dia....

Salam untuk semua. Sepi seketika. Tapi tak pe sebab diam ubi berisi.
Dalam waktu yang amat terhad ini, jom jamu mata dgn koleksi terbaru saya....tadaaaaa



Lagi dari sailboat Hong Kong.. Vintage Miniature Amber Glass Oil Lamp from US. Saya dah ada 4 biji termasuk yang ini. Masih mencari lagi adik beradik dia.
Sekian untuk kali ini. Mata dah mula mengantuk. 



Sunday, March 7, 2010

Tingginya dia, macam cawan pun ada

Salam hari minggu untuk semua. Agak lama menyepi lantaran keterbatasan waktu. Kini Lia cantiq nak tunjuk apa yang terbaru dari atas gerobok lama. 





Pelita ini dari family sailboat, made in Hong Kong. Ini yang paling tinggi dalam famili dia. Tengok chimneynya macam bentuk gelas dan base pulak macam mangkuk pun ada. Saya dah ada tiga biji termasuk yang ini. 2 darinya dapat dari US tapi yang ini dapat dari utara jer. Atas gerobok lama tu la mereka bertemu. Puas bila melihat deretan pelita semakin bertambah...


Thursday, March 4, 2010

Vintage Miniature Floral Fine Porcelain Oil Lamp For Sale

Masih ada 1 jenis pelita lagi yang nak dijual dari Lia Cantiq collection......










Vintage Miniature Floral Fine Porcelain Oil Lamp made in Japan. Botol dan shade dari porcelain. Pelita vintage. Tinggi 4 1/2" Panjang 3 1/2" Comei!! RM170.00. Exclusive.... Ada 1 biji sahaja
Seperti biasa call/sms je kalau nak booking.
Sold...

J G Meakin Dianthus Flower Vintage Plate for sale.

Kali ini saya ada extra pinggan yang nak dijual. 











J G Meakin Dianthus Flower Vintage Plate. Ada 6 biji. RM40.00 sebiji.
Sesiapa yang berminat boleh call/sms Lia 013 4304673. Borong semua, harga boleh diskaun.