Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Wednesday, February 24, 2010

Sekadar untuk tatapan bersama...

Salam semua. Saya masih di office lagi. Bukan banyak kerja tapi inilah kerjanya. Tengahari tadi saya terima lagi kad jemputan ke PostOffice. Dengan jasa baik seorang rakan sekerja dapatlah saya wakilkan dia ke Post office. Mai share apa yang Lia terima..






Tengok kotak pun dah tau dari jauh ni. US lagi. 






Saya bernasib baik barang tak pecah. Tengok packingnya. Selamat dibungkus dengan buble. Barang tak pecah, kalau tak meraunglah lia. Bayar lebih untuk postage & handling charges pun puas hati.



Nampak sangat tak menyempat2. Possing kat office





Taraaaa. Ini lah pelitanya. 1970's Glass Oil Lamp Vintage Chimney burner font. Made In Hong Kong. Amber colour.
Saya baru ada 2 pelita yang lebih kurang macam ni. Tunggu ya kengkawan, mana tau ada yang dah jemu duduk kat US, nak ikut balik Malaysia pulak terutamanya Penang... Zassss!!

Cermin diriku.

Salam pagi Rabu. Enak diulit mimpi. Saya baru nak mengadap netbook. Tercari-cari apa yang menarik untuk santapan mata. Sesekali mata saya meliar melihat sekeliling rumah. Pandang dinding kiri, ada cermin, nak kedapur ada cermin, bawah tangga pun ada cermin yang masih belum bergantung. Tengok dalam handbag pun ada cermin, tapi cermin ni berbeza sekali. 



Tak ada beza dengan cermin biasa? Pada mata saya ada. Terang cermin ni. Masih elok 


Ini yang nak ditunjukan.Permukaan masih ada warna biru. Ada gambar Naga dan Burung Cenderawasih. Frame tembaga. Bingkai tepi tu warna hijau. Puas saya cuci ingatkan daki, rupanya memang cat dia.


Corak tepi bingkai cermin. Saya dapat cermin ni 2 minggu lepas. Memang cantiq. Layannnn

Tuesday, February 23, 2010

Aladdin Dan Naga Emasnya...

Semalam meriah kawasan perumahan saya ni. Sekuat-kuat bunyi mercun macam machine gun. Orang cina sembahyang.  Tetiba teringat pelita yang 2 biji ni.. Naga sinonim dengan kaum cina.





Pelita Naga Emas Bulat. Chimney cantiqkan?? Kalaulah saya boleh dapat satu set dengan tea setnya kan bagus.



Yang ini Pelita Aladdin Naga Timbul. Beli dari Eija tokey pelita tu lah. Vintage. Layannn. 

Monday, February 22, 2010

Merayap lagi...

Bila cuti je tak senang duduk. Lepas selesai kerja rumah, saya plan nak masuk Kampung. Kali ni saya ke Negeri Jelapang Padi pulak. Tah apa nak cari pun tak tau la. Tengok apalah agak nya Lia dapat..






Inilah tempatnya. Dari tahun lepas saya teringin ke Pekan ni, akhirnya sampai jugak. Tapi saya memang terlambat. kenapa?
Berjalan dari satu kedai ke satu kedai tanya ada pelita tak, semua apeks cakap takde, kalau ada pun pelita nyonya yang baru tu. Tetiba ada satu apek cakap suruh pergi kedai ni. Berjalan lagi singgah dari satu kedai ke satu kedai sementara nak sampai ke kedai apek ni. Mula masuk mata dah terpandang deretan teko dan cawan lama dalam almari antik ni.
Saya tanyakan pelita dulu, apek cakap ada. Pastu saya tanya Teko pokok kelapa tu berapa ringgit, tetiba satu perempuan muda jawab "tak jual". Hah! ingatkan main-main, tanya lagi kat apek dia diam. Pastu tanya pulak pada nyonya tua, dia pun cakap "Ini semua tarak jual. kita mau simpan". Uwaaaa! 





Saya tanya barang dalam almari ni pulak. Banyak cawan bunga padi dan rose hitam. Nyonya tu cakap "Adik jangan tengok. Itu pun tarak jual jugak". Puas saya pujuk minta jual 2 pasang cawan  bunga padi tu, HAMPEH.. memang bukan rezeki saya.


Cuba tengo barang dalam almari ni, macam-macam cawan. Semua tu yang kita nampak kat blog setiap bloggers. Complete set beb!. Nyonya tu simpan dah 50 tahun... Tak makan pujuk. dekat 1jam lebih saya kat dalam kedai ni. Sebagai pengubat hati keciwa... amik gambor je la.











Flask itik dah 45 tahun rasanya. Yang warna kuning tu, tembaga!. Saya minta apek bawa turun dari dalam almari yang atas sekali, tetiba nyonya sudah nampak. Apa lagi si apek kena marah. Saya cakap nak ambik gambar je. Dia pun lap kasi bersih. Dalam hati tuhan saja yang tau..




Teko Tembaga. Geram saya tengok teko ni sebab sama dengan pelita yang saya ada. Pun tak mau dijual.




























Pinggan ni semua saya selongkar dari kedai apek ni. Ada 5 biji piring  tanpa cawan yang saya dapat. Masa kat rumah nak cuci saya tengok tinggal 4 je. tengok balik bill memang betul kira 4. Rupanya ada satu piring cawan made Japan, nyonya tu sorok masa saya tengah cari  barang lain. Yang tinggal made in China je. Jepun punya sudah hilang. Gerammm. 















Piring Meakin ni pun dapat dari kedai yang sama. Kebetulan tinggal 3 biji warna pink dan 3 biji warna biru. Saya tanya johnson brothers, nyonya cakap sudah ada orang melayu beli. 







Teko chinese tea ni cantiq. so saya beli gak. Tak sampai RM10.00




Pelita Granny gemok ni dari kedai yang sama. Warna silver. Saya ada warna hitam sebelum ni, dapatla sepasang.




Pelita lama ni saya dapat dari apek lain pulak. Cukuplah 2 melengkapkan koleksi cantiq saya..

Rezeki saya...

Salam buat semua. Semalam seharian di luar dari pagi lagi. Lepas poskan pelita untuk Ana dari Bukit Subang, saya terus drive mencari Pelita. Sampai saja tempat yang di tuju, 1st kiosk yang saya singgah dah melambai2 barang yang dicari minta dibawa pulang..... hehehe lia tersenyum lagi









Hijauuuu... cantiqnya. Cerah mata melihat pelita ni. Saya gelarkannya Pelita bola sebab botolnya bulat seperti Bola. Chimney pun cantiqkan. Macam klim karipap. Tebal gak chimneynyan macam yang selalu saya dapat dari Australia dan US tu. Tapi adal dari mana, tak taulah pulak. Tak tulis apa-apapun kat bawah pelita tu.

Saturday, February 20, 2010

Mana satu pilihan kalbu????

Salam pagi Sabtu untuk semua. Apa nak makan breakfast ni ya? Takpun nak masak apa lah tengahari ni?? Lapar la pulak..hehehe
Masak dalca daging, ikan gelama masin, ulam daun pegaga, emmm sedapnya. Cicah pulak dengan sambal belacan. perghhh, memang sodap... leleh air liur. Tapi nak wat sambal belacan janganlah pulak di blender. Tumbuk dalam lesung batu baru sedap kannn....



Lesung baru ni saya dapat di Bandung masa on the way nak ke Tangkuban Parahu 2 tahun lepas. Bayangkan 8 hari ke Bandung, Puncak & Jakarta. Berapa banyak bag saya bawa balik? Tambah lesung ni, tax sesaja lah. Memang dah dalam shopping list. Tak pernah gunapun....tak reti hehehe. Tapi menurut kengkawan yang sama-sama tiru beli diorang dah expert pakai ni. Tenyeh bukan tumbuk katanya.



Antara koleksi yang ada




Saya suka yang 3 biji ni...cantiq




Bila tengok benda ni teringat kat maid saya dari Medan. Mak oii bibik, besarnya batu giling ni. Dekat 5 kilo lebih beratnya. Semasa dia balik bercuti ke Medan saya pesan dia bawak balik lesung batu yang macam gambar kat atas tu, tapiiii ha ko! ni hah yang dia usung sampai pecah bag Tupperware kesayangan saya dibuatnya. Dia bilang, "enak ni bu kalau mau dibikin jamu. Disana emamg pakei ini untuk bikin jamu" hemmm layan je la. Penyudahnya terperuk bawah singki dibuat deko..




Lesung batu pemberian mak kepada saya selepas saya berkahwin. Asalnya diberi oleh ibu mertuanya kepada mak saya. Kecik dan comel je. Memang saya kecek lesung ni.




Lesung yang warna hitam tu ringan je. Jadi mainan anak2 masa kecik dulu. Tengok alunya, dah ada plaster. Apa taknya sampai retak dibuatnya. Bibik takut saya marah dipalsterkan takut patah.


Y

Lesung kayu. Buat somtam sedap ni..





2 biji piring batu ni boleh letak sambal belacan. Kalau di Bandung bila makan masakan Sunda, mereka akan hidang sambal belacan dalam bekas ni untuk makan dengan lalap (ulam)




Batu giling yang kat bawah lesung2 batu tu saya ambil dari rumah arwah atuk saya kat Kg Lubuk Batu Segamat Johor. Tak pandai nak guna, sekadar pelengkap hiasan.




Cantiq lesung batu putih ni. Kat makmal banyak le lesung ni..
Selamat menjamu mata