Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Saturday, January 16, 2010

Teko Dan Cawan Bunga Kangkung



Hi semua.. Ini pulak koleksi teko dan cawan bunga kangkung yang ada dalam simpanan.




Teko yang mula-mula saya beli. Pakai basahan. Bancuh teh atau milo setiap pagi...hehehe




Ini masa dah pandai sikitlah. Dah nampak cantiknya bunga kangkung. Teko yang paling kecik tu untuk hidang chinese tea. Pemberian seorang teman. Terima kasih untuk dia.
Kebetulan saya penggemar chinese tea.. emmm sedap




Mula-mula ternampak teko ni kat Ipoh.. Wah cantik! Tanya harga, tak jadi beli pasal mahalnya. Cekik darah betul orang yang menjual tu. Sabar.. dan akhirnya dapat juga.
Cantiq bentuknya. Teko aladdin bunga kangkung.




Teko bunga kangkung bulat ni saya beli satu set dengan cawannya.




Teko 2 biji ni saya beli dari satu kedai lama selepas balik office. Dah malam waktu tu. Tetiba teringat kedai lama kat pekan tu mesti ada jual pinggan mangkuk lama. So dapatlah 2 biji ni. Masih ada banyak lagi jenis lain tapi mata ni dok nampak bunga kangkung jer.



Yang ni pun untuk chinese tea gak. 


     

Cawan ni saya dapt 2 pasang je. Ini pun dapat dari tokei yang sama. 



Inilah set pertama yang saya miliki... Cawan bulat dan teko bulat bunga kangkung.

No comments:

Post a Comment