Terima kasih untuk semua tetamu lia cantiq collections. Hari ini jom jamu mata lagi dengan bunga rose sekuntum ini. Dan yang lebih menarik lagi, saya ada 2 biji pula yang sama. Ada yang berminat nak letak dalam almari? Miniature Oil Lamp Pink Roses ini made in Hong Kong. Datang berhijrah ke Malaysia di rumah lia cantiq collections pulak. Datanglah ke http://galeriliacantiq.blogspot.com untuk pelita comei ni. Bye bye....
Monday, June 21, 2010
Pelita bunga lagi.....
Salam. Dah macam musim bunga pula. Pelita Pelbagai bunga. Baru terima minggu lepas. Comel je. Mat saleh cakap pelita ni namanya Pretty Porcelain Multi Floral Oil Lamp. Kalau tengok dari cop mohornya, dilahirkan dari Hong Kong, dibesarkan dari US dan datang berhijrah ke Lia Cantiq Collection. Jangan segan-segan layan!! Jumpa lagi
Friday, June 18, 2010
Pelita dari lorong
Salam sejahtera. Tenggelam timbul macam sabut pulak ya. Diam ubi berisi..hehehe. Mari saya tunjukkan pelita-pelita yang saya dapat dari celah-celah lorong.
Pelita Aladdin Dancing Couple. Pelita dancing couple yang pertama yang saya dapat setelah lama saya idamkan.

Ini pula saya panggil pelita Cup kek. Macam kek!

Ini lain dari yang lain. Pelita torch light. Bentuk menara pun ada juga. Apa pun, yang penting vintage, made in Hong Kong..hehehe

Ini pula, pelita Angsa. Terlepas dari reban agaknya, lari masuk ke rumah saya.
Sekian dan selamat menjamu mata.
Thursday, June 3, 2010
Adik beradik, kaum kerabat??
Salam. Masih panas! Baru diterima. Pelita ni kiranya adik beradik, sepupu sepusat sepusing gak lah dengan sailboat multi colour oil lamp. Sailboat Brand Amber Oil Lamp. Tiada celoreng pada warna pelita ini.
Specialkan kaki pelita ini.

Tengok galerinya. Macam kunci pintu kan?

Design pada base sama.

Chimney memang berbeza.
Sailboat brand made in Hong Kong.
Jangan jemu layan blog saya ye.. jumpa lagi
Labels:
Sailboat brand amber oil lamp
Wednesday, June 2, 2010
Seiring, sejalan
Seiring dan sejalan. Sepasang sehati, sejoli.. macam lagulah pula. Salam semua. Saya sudah pernah tunjuk pelita kesayangan saya ini di dalam n3 yang lepas. Bukan mudah nak dapat pelita ini; kasut moss rose. Akhirnya menjadi kepunyaan saya juga...untuk seketika.

Kini, kaki kanan kesayangan saya sudah melangkah jauh bertukar rumah. Tinggal kaki kiri saja yang masih setia bersama saya. Saya amat berharap mereka dapat disatukan kembali, insyaallah....
Tuesday, June 1, 2010
Pelita ku retak, sedih
Salam. Sakitnya hati bila pelita yang saya beli, retak. Apa tidaknya, sebelum beli, seller beritahu condition pelita ni sangat cantik dan tiada retak. Dah la tu, bila saya beritahu keadaan pelita ni, dia minta saya pulangkan semula tapi kos pos saya yang tanggung. Ada ke patut??
Inilah pelitanya, Vintage Oil Lamp made in Hong Kong. Saya ada pelita ini warna biru biru. Masih mencari warna hijau pula. Tunggu ye kengkawan n3 yang seterusnya..
Sunday, May 30, 2010
Almari lama datang bertandang
Salam semua. Sepetang saya berjalan cuci mata tengok blog kengkawan. Dup dap, duk dap jantung ni. Geram tengok koleksi cantiq-cantiq. Terpandangkan koleksi almari lama dalam blog K.Yah dari koleksi ibu, teringatkan almari yang baru saya beli seminggu yang lepas selepas menunggu hampir satu bulan

Bab menyusun memang lemah, Susun ala kadar je sebab belum betul-betul ada mood nak menyusun. Tingkat atas, susun semua pinggan yang ada..hehehe
Tingkat 2, koleksi teko dan cawan yang tidak lengkap koleksinya dan masih mencari pelengkapnya.

Tingkat bawah, deretan sugar pot, creamer jug yang jadi kegilaan saya buat masa ini, selepas pelita.
Saturday, May 29, 2010
Longgokan hasil tangkapan 2
Salam dinihari. Agak lama tiada n3 baru dari saya. Masa amat terhad. Hari ini jom kita tengok koleksi lia cantiq yang saya dapat dari hunting 2 minggu lepas setelah siap dimandikan.
2 biji pelita giant dari spesis pelita nyonya, hehehe. Satu ada gambar pemandangan di tangkai pelitanya. Manakala pelita yang dah berkarat pula, ada corak menjalar pada botolnya. Cantiqkan!


Ini pula 2 biji pelita nyonya lama warna amber. Yang satu tu saya sudah let go pada peminat pelita juga.


3 biji piring kuih yang telah dibersihkan. Bunga rose menghiasi piring yang kekuning-kuningan. Piring ini made in Japan.


Piring dara dari England. Sayang sekali tiada cawan.
Cantiq tak? Cantiq sekali dimata saya. Pinggan dan sugar pot buatan Japan. Kalaulah ada satu set, pasti malatops!..
Saturday, May 22, 2010
Kau mawarku..idaman kalbu
Salam malam minggu. Saya baru selesai mengelap habuk yang melekat pada semua pelita. Cemburu agaknya, sebab tu suka sangat hinggap pada pelita cantiqku..hehehe. Masih suam-suam kuku lagi pelita ni. Terlupa nak tayang kat kengkawan. Sebab terlampau comei sangat, tu yang terlepas pandang.



Inilah dia pelitanya; Vintage Miniature Ceramic Pink Rose Oil Lamp Hong Kong. Ada bunga rose yang cantiq. Melengkapkan koleksi buat lia senyum macam rose juga..hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)







































