Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Friday, June 18, 2010

Pelita dari lorong

Salam sejahtera. Tenggelam timbul macam sabut pulak ya. Diam ubi berisi..hehehe. Mari saya tunjukkan pelita-pelita yang saya dapat dari celah-celah lorong.
Pelita Aladdin Dancing Couple. Pelita dancing couple yang pertama yang saya dapat setelah lama saya idamkan.

Ini pula saya panggil pelita Cup kek. Macam kek! 

Ini lain dari yang lain. Pelita torch light. Bentuk menara pun ada juga. Apa pun, yang penting vintage, made in Hong Kong..hehehe

Ini pula, pelita Angsa. Terlepas dari reban agaknya, lari masuk ke rumah saya.
Sekian dan selamat menjamu mata.

Thursday, June 3, 2010

Adik beradik, kaum kerabat??

Salam. Masih panas! Baru diterima. Pelita ni kiranya adik beradik, sepupu sepusat sepusing gak lah dengan sailboat multi colour oil lamp. Sailboat Brand Amber Oil Lamp. Tiada celoreng pada warna pelita ini. 


Specialkan kaki pelita ini. 

Tengok galerinya. Macam kunci pintu kan?




Design pada base sama.

Chimney memang berbeza.   
Sailboat brand made in Hong Kong.
Jangan jemu layan blog saya ye.. jumpa lagi

Wednesday, June 2, 2010

Seiring, sejalan

Seiring dan sejalan. Sepasang sehati, sejoli.. macam lagulah pula. Salam semua. Saya sudah pernah tunjuk pelita kesayangan saya ini di dalam n3 yang lepas. Bukan mudah nak dapat pelita ini; kasut moss rose. Akhirnya menjadi kepunyaan saya juga...untuk seketika.


Kini, kaki kanan kesayangan saya sudah melangkah jauh bertukar rumah. Tinggal kaki kiri saja yang masih setia bersama saya. Saya amat berharap mereka dapat disatukan kembali, insyaallah....

Tuesday, June 1, 2010

Pelita ku retak, sedih

Salam. Sakitnya hati bila pelita yang saya beli, retak. Apa tidaknya, sebelum beli, seller beritahu condition pelita ni sangat cantik dan tiada retak. Dah la tu, bila saya beritahu keadaan pelita ni, dia minta saya pulangkan semula tapi kos pos saya yang tanggung. Ada ke patut??
Inilah pelitanya, Vintage Oil Lamp made in Hong Kong. Saya ada pelita ini warna biru biru. Masih mencari warna hijau pula. Tunggu ye kengkawan n3 yang seterusnya..

Sunday, May 30, 2010

Almari lama datang bertandang

Salam semua. Sepetang saya berjalan cuci mata tengok blog kengkawan. Dup dap, duk dap jantung ni. Geram tengok koleksi cantiq-cantiq. Terpandangkan koleksi almari lama dalam blog K.Yah dari koleksi ibu, teringatkan almari yang baru saya beli seminggu yang lepas selepas menunggu hampir satu bulan
Bab menyusun memang lemah, Susun ala kadar je sebab belum betul-betul ada mood nak menyusun. Tingkat atas, susun semua pinggan yang ada..hehehe
Tingkat 2, koleksi teko dan cawan yang tidak lengkap koleksinya dan masih mencari pelengkapnya.

Tingkat bawah, deretan sugar pot, creamer jug yang jadi kegilaan saya buat masa ini, selepas pelita. 

Saturday, May 29, 2010

Longgokan hasil tangkapan 2

Salam dinihari. Agak lama tiada n3 baru dari saya. Masa amat terhad. Hari ini jom kita tengok koleksi lia cantiq yang saya dapat dari hunting 2 minggu lepas setelah siap dimandikan. 
2 biji pelita giant dari spesis pelita nyonya, hehehe. Satu ada gambar pemandangan di tangkai pelitanya. Manakala pelita yang dah berkarat pula, ada corak menjalar pada botolnya. Cantiqkan!
Ini pula 2 biji pelita nyonya lama warna amber. Yang satu tu saya sudah let go pada peminat pelita juga.
3 biji piring kuih yang telah dibersihkan. Bunga rose menghiasi piring yang kekuning-kuningan. Piring ini made in Japan.
Ini pula pinggan Johnson Bros. Cantiq!
Piring dara dari England. Sayang sekali tiada cawan. 


Cantiq tak? Cantiq sekali dimata saya. Pinggan dan sugar pot buatan Japan. Kalaulah ada satu set, pasti malatops!..

Saturday, May 22, 2010

Kau mawarku..idaman kalbu

Salam malam minggu. Saya baru selesai mengelap habuk yang melekat pada semua pelita. Cemburu agaknya, sebab tu suka sangat hinggap pada pelita cantiqku..hehehe. Masih suam-suam kuku lagi pelita ni. Terlupa nak tayang kat kengkawan. Sebab terlampau comei sangat, tu yang terlepas pandang.




Inilah dia pelitanya; Vintage Miniature Ceramic Pink Rose Oil Lamp Hong Kong. Ada bunga rose yang cantiq. Melengkapkan koleksi buat lia senyum macam rose juga..hehehe

Thursday, May 20, 2010

longgokan hasil tangkapanku.

Salam semua. Saya menyepi seketika, hehehe. Tapi hari ini jom saya bawa semua tengok hasil hunting ahad lepas. Dah hampir seminggu baru nak tunjuk, takpe lah, jamu mata je...
Inilah longgokan barang-barang yang saya dapat. Masih belum dicuci. Antaranya creamer jug, sugar pot, pinggan, cawan dari japan dan England dan semestinya pelitalah.
Sibuk nak jadi model pelita, Siti Batrisyia.
Sama tapi tak serupa...chimneynya. 

Pinggan Japan, England dan pelita clear chimney montok. Ini sajala yang saya dapat, berbaloi-baloi jugaklah. Nanti dah bersih dimandikan, saya masukkan n3 yang lain. 

Sunday, May 16, 2010

Kau merah...sangatlah menghairahkan

Jangan salah anggap, ini bait lirik tragedi buah epal..hehehe.. Salam semua. Lia tambah lagi koleksi pelita; pelita apple merah.

Inilah pelita apple. Barang lama ni. You light up my life! Bolehlah guna masa terdesak takde elektrik kannnn.

Tuesday, May 11, 2010

Khas untukmu...kita bersaudara kembar???

O...oooo. Siapa dia? Hehehe, salam semua. Wat suspens jer. Mari tengok pelita idaman kawan kita ni, sapa lagi kalau bukan kak Rafidah dari rafidahms.blogspot.com.




Khas buat Kak Rafidah, kita bersaudara kembar...hehehe. Sama tak pelitanya? Cantiq? Mestilah cantiq kalau tak, takan kak Fidah trus jatuh cinta dengannya masa kat Amcorp aritu...kan kan kan?