Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Thursday, January 14, 2010

Rezeki...

Ishh da tak sabar nak tengok pelita dari ryana dan eija.. dimanakah pelita2 ku????uwaaaaa


 






Dua Pelita Tinggi China ni nampak lebih kurang sama je kan..tapi tak serupa. Ketinggian botol minyak tu satu tinggi sikit selain dari chimneynya. Pelita yang atas tu dapat minggu lepas. Tak sia redah hujan malam sabtu tu. hehehe





Pelita merah jalur lonjong ni pun dapat dr tempat yg sama.





Pelita crown ni dapat hari yang sama. Chimneynya beza sikit dari yang saya ada sebelum ni..





Yang ni sumer pelita crown. Cantiq? Tak complete lagi koleksi ni..tunggu!!








Wednesday, January 13, 2010

US mari...



Hai semua, terima kasih atas semua pujian kat pelita2 saya ni ha. Yang ni pun baru dapat juga. US mari...Kerosene oil miniature lamp made in Japan. Berat sikit dari plita made in china.
Salam buat semua. Dah lama rasanya tak update kat blog ni. Sibuk sikit. Tak sabar rasanya nak tayang collection terbaru saya.






Ini namanya... 4 Antique miniature ceramic and glass kerosine/oil lamps





Ini pulak Vintage yellow ceramic & glass kerosine.
Hehehe.. tak jemu mata memandang... jangan marah. Saya suka tengok pelita-pelita ni. cantiq dan comel. Baru terima minggu lepas jumaat 8/1/10 di office. Itu pun puaslah pujuk seorang kawan tolong ambilkan di post office. Thanks Henry. Pelita ni dari Australia.. made in Hong Kong.
Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan tapi internet ni almaklum la.. slow macam siput. Tunggu ye.. harap bersabar

Thursday, January 7, 2010

Koleksi Bunga Kangkung


Setiap blog yang saya layan sumer ada koleksi bunga kangkung. Kalau tak banyakpun mesti ada 2-3 biji bagi syarat je.. hehehe





 





 Tengokla ciput jer koleksi saya. 

Ada yang milik peribadi mcm pinggan, piring dan mangkuk nasi. Yang lain-lain tu hasil dari buruan dan pemberian orang la. Terima kasih la ye kepada sesiapa yang telah bermurah hati menambahkan koleksi untuk saya. 


 










Pelita yang 2 biji ni nampak lebih kurang sama je kan. Satu jernih dan satu lagi tu hijau. Burner pun tak sama. Saya ada nampak satu kat Ryana tapi botol dia ada motif burung. Tak sama tapi lebih kurang je berkaki macam ni gak. Jap nak order kat dia..

Wednesday, January 6, 2010

Pelita lagi......

Salam buat semua. Sibuk sikit awal-awal bulan ni. Biasalah dengan report sana report sini. Balik pun tak tentu masa. Kalau sape yang tak kerja tu ...emmmm bestnya duduk di rumah!
Terima kasih ya eijacottage dan teratakputeri jadi my 1st followers. Suka la tengok korang punya blog dan collectionnya sekali.



Inilah pelita besar pertama yang saya ada. Senyum lebar sampai ke telinga bila dapat pelita ni.. Tinggi lebih kurang 18". 
Tak sia-sia berpanas merayau cari pelita akhirnya dapat juga. Dan 1st time gak la jalan sorang-sorang cari pelita..hehehe

Monday, January 4, 2010

Teko Naga Comel

Pejam celik dah 3 hari 2010 berlalu ya. Esok bebudak da mula sekolah balik. Makin sibuk la sikit. Tapi takpe mana ada masa yg terluang tu jengok-jengok la kat sini. hehehe



Comel kan teko ni. Mula-mula tengok da terpikat. Masa saya pergi kedai ni memang saya nak cari teko yang unik bentuknya. Terpandang je yang ni terus beli. Masa tu tinggal 4 biji je. Ada warna merah, biru, kuning dan hijau. Kat penutup teko ni ada patung monyet dan tikus dan yang dua lagi tu anjing dan babi. So, tauke cina tu tak kasi ambik yg 2 tu. Pendek citer 2 ni je yg dapat.


  

Teko ni la yang saya kata sama dengan pelita biru tu. Cuba tengok kat kepala teko ni, ada gambo naga kan. kat penutup tu pula satu monyet satu lagi tikus. Teko ni ada 12 biji semuanya, ikut kalender cina. Ni je yang ada. Kalau sesapa yg nak jual koleksi dia, jual la kat saya.




Sunday, January 3, 2010

Pelita Hati.....




Lawa tak pelita ni. Berat tau. Kaki pelita tu brass sama dengan yang ikat kat botol pelita ni dan burner dia sekali. Biru idaman kalbu,, nampak antikkan?? Cantik dan saya suka pelita ni. Sorang kawan jual pada saya lebih kurang sebulan yang lalu sebab dia ada 2 biji tapi corak lain sikit..kalau ikut hati dua dua saya nak tapi diberi pilihan pilih salah satu...apo nak buat hehehe



Cuba tengok 2 pelita ni, sama tapi tak serupa. Yang banyak warna biru tu kawan saya punya. Sorryla, picture ni kelabu asap skit.. guna handphone je..






 Haaaa tengok yang ni pulak.. cantiq sangat tapi saya gagal nak dapatkannya... 2 kali masuk meminang tapi pinangan ku ditolak.. hahaha. Takpela walaupun bukan milik saya, kita sama-samalah jamu mata je ek.

Saturday, January 2, 2010

2nd Pelita dari Australia


Ni pun dari Australia juga.. Oil Lamp Stained Glass Vintage Retro Amber Red. Saya dapat selepas 10 hari buat payment. Lewat jugak la kalau beli dari Australia ni.



Cuba tengok yang pelita yang tengah tu... haa yang ni pun beli dari sana juga. Yang ni Oil Lamp Pink Turqoise Glass Retro Vintage.. made in Hong Kong. Yang tepi 2 biji tu saya beli dari sini je.

First Pelita Dari Australia - Porcelain and Glass Oil Lamp




Ni kes tak sabar. Dapat parcel ni di Office. Apa lagi amik gambar dulu la. Cantik le gambo ni letak sebelah mug yg comei tu..Mug tu bukan apa, nak tunjuk ketinggian pelita tu je.. hahaha petua baru ek. Pas tu sent kat kekawan termasuk la sifu saya hehehe

Taraaaa! Cantik tak? Ini first pelita yang lia dapat dari Australia. Harganya jangan ditanya. hehehe... Adala sifu yang mengajarnya. Dia lagi hebat. ya lah kan anak murid mana boleh lebih dari sifu. hehehe. Pelita ni namanya porcelain and glass oil lamp. Saya tertarik pada bunga yang ada kat kaki pelita ni.. Cantiq