Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Wednesday, June 2, 2010

Seiring, sejalan

Seiring dan sejalan. Sepasang sehati, sejoli.. macam lagulah pula. Salam semua. Saya sudah pernah tunjuk pelita kesayangan saya ini di dalam n3 yang lepas. Bukan mudah nak dapat pelita ini; kasut moss rose. Akhirnya menjadi kepunyaan saya juga...untuk seketika.


Kini, kaki kanan kesayangan saya sudah melangkah jauh bertukar rumah. Tinggal kaki kiri saja yang masih setia bersama saya. Saya amat berharap mereka dapat disatukan kembali, insyaallah....

Tuesday, June 1, 2010

Pelita ku retak, sedih

Salam. Sakitnya hati bila pelita yang saya beli, retak. Apa tidaknya, sebelum beli, seller beritahu condition pelita ni sangat cantik dan tiada retak. Dah la tu, bila saya beritahu keadaan pelita ni, dia minta saya pulangkan semula tapi kos pos saya yang tanggung. Ada ke patut??
Inilah pelitanya, Vintage Oil Lamp made in Hong Kong. Saya ada pelita ini warna biru biru. Masih mencari warna hijau pula. Tunggu ye kengkawan n3 yang seterusnya..

Sunday, May 30, 2010

Almari lama datang bertandang

Salam semua. Sepetang saya berjalan cuci mata tengok blog kengkawan. Dup dap, duk dap jantung ni. Geram tengok koleksi cantiq-cantiq. Terpandangkan koleksi almari lama dalam blog K.Yah dari koleksi ibu, teringatkan almari yang baru saya beli seminggu yang lepas selepas menunggu hampir satu bulan
Bab menyusun memang lemah, Susun ala kadar je sebab belum betul-betul ada mood nak menyusun. Tingkat atas, susun semua pinggan yang ada..hehehe
Tingkat 2, koleksi teko dan cawan yang tidak lengkap koleksinya dan masih mencari pelengkapnya.

Tingkat bawah, deretan sugar pot, creamer jug yang jadi kegilaan saya buat masa ini, selepas pelita. 

Saturday, May 29, 2010

Longgokan hasil tangkapan 2

Salam dinihari. Agak lama tiada n3 baru dari saya. Masa amat terhad. Hari ini jom kita tengok koleksi lia cantiq yang saya dapat dari hunting 2 minggu lepas setelah siap dimandikan. 
2 biji pelita giant dari spesis pelita nyonya, hehehe. Satu ada gambar pemandangan di tangkai pelitanya. Manakala pelita yang dah berkarat pula, ada corak menjalar pada botolnya. Cantiqkan!
Ini pula 2 biji pelita nyonya lama warna amber. Yang satu tu saya sudah let go pada peminat pelita juga.
3 biji piring kuih yang telah dibersihkan. Bunga rose menghiasi piring yang kekuning-kuningan. Piring ini made in Japan.
Ini pula pinggan Johnson Bros. Cantiq!
Piring dara dari England. Sayang sekali tiada cawan. 


Cantiq tak? Cantiq sekali dimata saya. Pinggan dan sugar pot buatan Japan. Kalaulah ada satu set, pasti malatops!..

Saturday, May 22, 2010

Kau mawarku..idaman kalbu

Salam malam minggu. Saya baru selesai mengelap habuk yang melekat pada semua pelita. Cemburu agaknya, sebab tu suka sangat hinggap pada pelita cantiqku..hehehe. Masih suam-suam kuku lagi pelita ni. Terlupa nak tayang kat kengkawan. Sebab terlampau comei sangat, tu yang terlepas pandang.




Inilah dia pelitanya; Vintage Miniature Ceramic Pink Rose Oil Lamp Hong Kong. Ada bunga rose yang cantiq. Melengkapkan koleksi buat lia senyum macam rose juga..hehehe

Thursday, May 20, 2010

longgokan hasil tangkapanku.

Salam semua. Saya menyepi seketika, hehehe. Tapi hari ini jom saya bawa semua tengok hasil hunting ahad lepas. Dah hampir seminggu baru nak tunjuk, takpe lah, jamu mata je...
Inilah longgokan barang-barang yang saya dapat. Masih belum dicuci. Antaranya creamer jug, sugar pot, pinggan, cawan dari japan dan England dan semestinya pelitalah.
Sibuk nak jadi model pelita, Siti Batrisyia.
Sama tapi tak serupa...chimneynya. 

Pinggan Japan, England dan pelita clear chimney montok. Ini sajala yang saya dapat, berbaloi-baloi jugaklah. Nanti dah bersih dimandikan, saya masukkan n3 yang lain. 

Sunday, May 16, 2010

Kau merah...sangatlah menghairahkan

Jangan salah anggap, ini bait lirik tragedi buah epal..hehehe.. Salam semua. Lia tambah lagi koleksi pelita; pelita apple merah.

Inilah pelita apple. Barang lama ni. You light up my life! Bolehlah guna masa terdesak takde elektrik kannnn.

Tuesday, May 11, 2010

Khas untukmu...kita bersaudara kembar???

O...oooo. Siapa dia? Hehehe, salam semua. Wat suspens jer. Mari tengok pelita idaman kawan kita ni, sapa lagi kalau bukan kak Rafidah dari rafidahms.blogspot.com.




Khas buat Kak Rafidah, kita bersaudara kembar...hehehe. Sama tak pelitanya? Cantiq? Mestilah cantiq kalau tak, takan kak Fidah trus jatuh cinta dengannya masa kat Amcorp aritu...kan kan kan? 

Sejuk mata memandang

Salam semua..Terima kasih saya ucapkan buat Ryana. Creamer jug sudahpun diterima dengan selamatnya. Cantiq!


Dua biji creamer jug ini saya dapat dari Ryana. Cantiq sangat. Bertambah lagi koleksi yang ada....hehehe.

Sunday, May 9, 2010

Gajah datang bertandang

Salam semua. Dah lama tak masuk n3. Penyakit m datang lagi. Apa nak buat...hehehe. Diam tak diam ada anak gajah nak berkampung di lia cantiq collections. Baru je datang 2 minggu lepas. comel la pulak..
Cantiq dan comel..hehehe
Untuk semua pengunjung khususnya yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu.....

Monday, May 3, 2010

Lenggang lenggang kangkung, kangkung tepi pelita...

Salam semua.. siapa yang melenggang tu ya, pelita mana yang jadi tambatan. Buat semua peminat bunga kangkung, mari tengok koleksi terbaru saya. Teko bunga kangkung berleher jinjang (rare item) dan sail boat multi colour oil lamp made in Hong Kong. Teko ni jarang jumpa. Ini first time saya tengok. Ada sesiapa yang berminat bolehlah ke http://galeriliacantiq.blogspot.com.

Sunday, May 2, 2010

Pelita Merah delima

Cantiq pelita yang baru saya dapat. Glass cut Merah delima. 
Saya ada satu seperti ini tapi warna putih. Dapatlah sepasang merah putih, hehehehe macam kuih lapis. 

Rumah biru dipagari Naga perkasa

Salam semua. Hari ni saya hanya meninjau dari jauh je. Puas kecek tak berjaya juga. Tidur malam tak lena dibuatnya. Hari ni puas saya mencari dalam internet pulak, mana tau kalau-kalau terserempak, tapi hampeh! Cuba tengok, siapalah yang tak geram
Pelita rumah berwarna biru. Selalu yang kita jumpa warna merah je. 

 Ini pulak pelita Naga putih. Tapi saya gagal juga nak rembat. Uwaaaa!!!! Mana Kak Radia, tak jumpa ke pelita macam ni untuk lia?? tolongggg

Tuesday, April 27, 2010

Pelita Merah, Hijau, dan Amber pulak

Salam semua. Jom jamu mata dengan koleksi terbaru yang tak pernah saya tengok. Sebabnya tak pernah terserempak dengan pelita-pelita ini.



Inilah dia 4 biji pelitanya. Kalau yang warna merah dah selalu kita jumpa tak kira made in China mahupun Hong Kong. Yang ini made in Hong Kong. Tapi yang hijau dan amber tu jarang sangat nak jumpa. Kalau yang amber colour tu, untuk jamu mata je lah tapi yang 3 biji tu memang untuk dijual. Sesiapa yang berminat sila ke http://galeriliacantiq.blogspot.com

Monday, April 26, 2010

Genie Double Handle Oil Lamp Moss Rose Design

Ada sebiji pelita Moss Ross ni sangat cantiq. Buatan Jepun. Saya nak jual koleksi ini. Sesiapa yang berminat boleh ke http://galeriliacantiq.blogspot.com untuk keterangan lebih lanjut
Inilah dia Genie Double Handle Oil Lamp Moss Rose Design made in Japan.