Salam... Semakin hampir Ramadhan semakin sayu hati saya. Ramadhan yang tidak seperti dulu. Terlalu banyak onak dalam kehidupan yang perlu saya tempuhi. Kepercayaan hilang tak kala ia sudah sebati dalam diri. Tekanan kiri dan kanan. Inilah dugaan paling menduga kesabaran. Saya terima semua dugaan dengan hati terbuka walau hati meronta. Hanya Dia yang tahu..
Kali ini tiada apa-apa n3 yang menarik yang nak saya tempekkan disini, Sekadar luahan hati.. ini kan blog saya yang boleh saya pergunakan untuk meluahkan segalanya disini. Ada ketikanya saya menerima pelpagai pujian bila koleksi-koleksi saya ditayangkan disini, ada ketikanya saya menerima pelbagai tohmahan yang dihantarkan ke hp saya. Apa salah saya?? Lia cantiq collections adalah himpunan koleksi cantiq saya, bukan lia yang cantiq. Saya sedar siapa diri saya. Tetapi saya yakin dengan diri saya, saya bersyukur kerana punya kekuatan, punya kesabaran yang tinggi. Sama juga dengan http://galeriliacantiq.blogspot.com, satu galeri yang menghimpunkan koleksi extra yang boleh dikongsi dengan sesiapa yang berminat. Saya bukanlah bertujuan berniaga untuk mendapat untung semata-mata. Berbicaralah dengan saya jika ada yang tersinggung dihati. Saya sangat terbuka menerima teguran.
Monday, August 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment