Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Thursday, July 29, 2010

Hancur berderai....luluh hatiku.

Salam semua. Sedih dan pilu. Itulah yang mampu saya gambarkan. Tidak terucap dengan perkataan. Pelita Oren/merah ini tidak sempat saya abadikan fotonya di dalam lia cantiq collections ini, dahpun pergi. Pelita buatan US; P & A Dorset oil hurricane lamp red/orange sangat cantiq dan antara pelita termahal yang saya ada. Di botol pelita ni ada macam bintang kecil bersinar-sinar. Color pelita ni pun special juga. Ini adalah pelita terakhir yang saya beli dari luar negara, US.

Ini pulak Vintage yellow ceramic & glass kerosine. 
Antara pelita yang ada shade yang paling cantiq dan pelita pertama saya beli dari luar negara, Australia. Paling saya sayang sebab cantiq. Kedua-dua pelita ni jadi hiasan di atas tv di rumah saya. Pada subuh selasa, 27/7/2010 angin kencang sangat. Saya tidak perasan tingkap di belakang tv tidak tutup. Angin kuat menyebabkan kain langsir melayang dan menolak kedua pelita ini. Semasa kejadia, saya masih tidur, tetiba berdesing dengar benda jatuh. Bila saya keluar saya dari bilik, kaca bertaburan di ruang tamu rumah. Tergaman tak terkata apa. Sedih sangat sebab bukan senang nak dapat pelita ni. Kedua pelita tulah yang pertama dan terakhir saya terima dari luar negara....

Monday, July 19, 2010

Pelita Topi Bunga 2

Salam di angin lalu buat semua teman bloggers dan silent readers. Sudah lama tak keluar hunting. Masa amat terhad buat masa sekarang. Sambil-sambil tu korek-koreklah mana-mana koleksi yang ada yang masih belum sempat nak tempek kat sini..Ini pelita bertopi motif bunga yang pertama yang ada dalam simpanan saya rasanya. Yang ada sebelum ini, pelita naga, ayam dan phoenix bertopi je. Jom zoom pelita ini. 

Mini porcelain oil lamp vintage Japan pink roses. Made in Japan. Sama seperti pelita n3 sebelum ini. Satu kapal juga. Ada bunga rose pink pada basenya dan juga cap. Ada love juga. Itu yang cantiq tuh. Gold pada kaki dan tangkai pelita ini masih berkilat lagi. Sangat cantiq dimata saya...

Tuesday, July 13, 2010

Pelita Topi Bunga pulak

Salam mesra semua. Sudah lama saya dapat pelita ini. Comei je. Tapi disebabkan cinoni sangat sampai terlepas pandang. Ini Mini Porcelain Oil Lamp Vintage Japan Pink Roses. Lahir kat Jepun pulak, selalu Hong Kong je kan?
Apapun, tengok lah ye, nanti saya korek pelita apa lagi yang ada.. bye bye!

Sunday, July 11, 2010

Nice Blogers award

Salam semua.. Untuk pengetahuan semua, dah lama saya dijemput untuk tempek tag ni kat blog. Maaf ye kak aidamn. Lia sibuk sgt, lupa dan terkebil-kebil nak jawab soalan cepu emas dibawah ni...hehehe
1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?
Nak ke mana minggu ni...
2. Apakah nama samaran you all ?
Lia.
3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?
Mak, abah, anak2
4. Panggilan untuk si dia
hehehe...
5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa
Dressing table antik..hahaha

Friday, July 9, 2010

Pelitaku, telinganya cacat..

Salam malam sabtu. Penyakit 'M' datang lagi. Kalau dah asyik kena tegur, mana n3 baru? memang sahlah dah naik bersawang blog ni... Bukan apa, saya baru lepas merawat pesakit yang cedera parah. Apa taknya, telingannya hancur.  

Inilah rupanya telinga pelita ni setelah dijahit, dicantum semula. 
Ni kira ok lah. Tak perasanpun telinga yang cacatkan? Kira skill surgeri setandinglah dengan Yatt...hehehe

Tuesday, July 6, 2010

Sailboat biru pun ada ke????

Salam semua. Terujakan tengok pelita sailboat. Saya sendiripun masih belum lengkap sepenuhnya koleksi ini. Tapi amat bernasib baik sebab sempat juga dapatkan sailboat biru ni. Cantiq sangat. Kak Rafidah nak tak?? hehehe. Sabor ye kak. Jangan pengsan lagi.

Pelita Sailboat biru ini lahir di Hong Kong, bermastautin di US. Sekarang berhijrah di Lia cantiq collections pulak...layannn!!! 

Sunday, July 4, 2010

Sailboat je ke yang layak duduk atas Dressing table ni??? ish ish ish!

Salam Petang minggu. Semalam saya dah tunjuk Sinki Baba Nyonya dan koleksi Indian Tree. Hari ni mari kita tengok pulak Dressing table Baba Nyonya dan himpunan pelita Sailboat pulak. Untuk peminat sailboat, saya masih lagi ada beberapa pelita ini untuk dijual. 

Geram je tengok almari ni kan. Pelitanya pun sama. Macam nak samun je ek? Cantiq. Adakah akan tercapai tangan saya ini??? uwaaaaa!!!!

Dua dua sama cantiq

Salam hari minggu. Saya suka sangat tengok almari cum singki cuci muka zaman Baba dan nyonya ini. Cantiq.. tapi lebih cantiq lagi set pinggan manguk Indian Tree JB ini. Untuk peminat JB, layan!!!

Friday, July 2, 2010

Cantiq-cantiq si kuning langsat

Salam. Terima kasih atas semua pujian dan kunjungan  di lia cantiq collections. Kesuntukan masa, tak sempat nak sembang-sembang. Tapi jauh disudut hati, seribu penghargaan untuk semua. 
Dek terpandangkan pelita dragon kuning ni, saja je nak tunjuk kat semua. Jangan jeles ye pada sapa yang tak ada koleksi ni... hehehe. Jauh terbang, penat naga tu terlambung-lambung dalam kapal terbang agaknya. Tak pun mabuk angin. Itu yang kuning je badan dia.

Pelita dragon ni special tau. Warna kuning!. wah, cantiq!!! Nantikan koleksi pelita yang lain pula....