Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Sunday, January 31, 2010

hasil buruan... layannnn



Semalam saya nekad nak cari pelita lagi. Dari satu kedai ke satu kedai menapak tanya apeks kat situ ada pelita tak. Sumer tunjuk pelita nyonya baru. Tapi kat satu kedai tu terserempak dengan jija-craft. Dia tunjuk kedai pinggan apek lama. Saya rasa macam nak ikut apek tu naik loteng cari pelita. Tapi.... dia tak kasi sebab dah takde stok. Dapat la pelita naga bertopi dan pelita teratai bertopi kat apek ni.















Yang 2 biji pelita ni memang vintage. Yang macam buah nenas made in Hong Kong. Cimni susu original lagi. Tu yang akak suko.. Masa tanya kat apek ni dia cakap takde pelita. Saya masuk je kedai dah nampak kelibat pelita2 kat dalam almari antik kedai ni. Saya suruh dia amik, Mak ooi dia kuar kan 1....1....1....1. Sengih sampai ke telinga la...hahaha. Yang lain sumer pelita merah.




Merah... ada ong

Raya cina da semakin hampir. Sana sini bergantungan tanglung. Dari jauh nampak merah je. Meriah!!













Pelita merah jalur berbiji ni nampak serupa tapi tak sama. Yang kanan lebih tinggi. Ini made in China, yang sebelahnya lak made in Hong Kong. Warna pun tak sama. China lebih gelap banding dengan Hong Kong.


Pelita merah tiga beradik.. Cantiq












Pelita merah berombak. Botolnya macam baju cinderella pun ada gak. hehehe




Pelita labu kecik. Comel.












Lagi pelita untuk dijual

Salam hari minggu. Saya ada beberapa xtra pelita yang nak di clearkan dari dalam simpanan. Bukanlah tujuan nak menjual sangat.



pelita merah berombak. Ada 1 jer. RM18.00



Pelita Merah Jalur Berbiji. Ada 1 jer. RM18.00



Pelita Merah Jalur Melengkung. Ada 1 jer. RM18.00






Pelita Teratai dan Ayam Bertopi. 
Barang lama. RM25.00







Pelita Naga Bertopi. Ada 1 jer. RM25.00



Saturday, January 30, 2010

Pelita Crown - Vintage




Pelita Crown Vintage Made in Hong Kong. 
Tinggi 8"
 Cepat sebelum kehabisan. RM23.00 sahaja. 

Vintage Fine Porcelain






Vintage Fine Porcelain Aladdin Lamp - Hong Kong. Exclusive Moss Rose design. 6.5"ht 5.5" length. 
Special price, RM130 jer
Sold out

Let's gader-gader

Salam buat semua. Ada sesiapa ke yang yang nak gader2 kat Johor? Jom!!!



Hehehe... jom la kita naik ketapi Jepun gi gader2 kat Johor.Pas tu leh gi umah eija, si tokei pelita tu.. Senyum lak korang ni..



Tak pun kita naik kereta kuda Jepun ni gader2 kat Amcorp je.

Thursday, January 28, 2010

Pelita pondok2

Salam...
Saya baru jer start kumpul pelita ni tau.. about 5 bulan gitu. Memang ada pelita sebelum tu untuk hiasan rumah tapi taklah sampai gila pelita..hehehe
Mula tengok pelita ingat yang biasa2 mcm zaman bebudak dulu, rupanya mak ooi, macam2 bentuk yg ada.




Ni pelita rumah yg mula saya tengok dari seorang kawan. Dan ini juga pemberian dari kawan. Happy sangat akhirnya dapat.





Yang ni pula pelita telefon. Comel. Boleh main pondok2 la. Dapat kat bebudak mmg seronok ni.
Semua ni pelita lama made in China.  



Wednesday, January 27, 2010

Ingatkan lagu jer ada retro hehehe pelita pun ada jugak




Cantiq dan murah. Ada sesiapa yang ada nak jual pelita macam ni. Kalau di Australia, pelita celoreng macam ni dipanggil Retro. So layan je la..


Tuesday, January 26, 2010

Koleksi ku

Tetiba teringat masih ada seciput lagi koleksi yang tak seberapa nak tunjuk kat sini. 











Sumua ni plita vintage. Nampak tak made in Hong Kong. Yang dah  berkarat pun ada gak. Tapi takpe, itu yang special.. layan........

Friday, January 22, 2010

Pelita baru sudah mari..

Semalam lepas balik dari cuti sakit, saya rasa segar sikit..hehehe. Apa taknya tengok ada 2 kotak kat belakang tempat duduk di Office. Meh kita jengok apa ada dalam kotak tu






        










Nampak tak apa yang saya dapat dlm kotak pertama.. Diterbangkan dari Australia. Yang ini Vintage Amber Bubble Oil/Kerosene Lamp 20cm tall. Barang lama..Vintage. Oh ya sebelum terlupa semua pelita saya kebanyakannya vintage. Pelita ni made Hong Kong. Bubble tu pasal kat botol dia berbiji-biji.


Yang ini pula dari kotak kedua















Ini la pelitanya. cantiq. Pelita antik. Masa buka kotak tu dah nampak bekas minyak tanah kat plastik balut plita ni. Sikit pun tak de pecah atau retak. Menang berbaloi. Pelita ni Antique Cape Cod Oil Lamp datang dari US, made in Taiwan. Cuba tengok kat badan pelita ni ada gambar peta dan kapal. Pemegang pelita ni dari kayu. Special dan cantiq 




Hari ni bila buka blog ni, banyak pujian utk pelita topi tu ye.. Tapi lupa nak bagitau kat korang, Pelita ni bukan saya punya....uwaaaa!!
Gambor je milik saya sebab da masuk handphone. Tuan pelita ni kasi izin masuk blog ni sebab nak tunjuk pelita topi dia yang memang kita sumer takde...(saya la tu). So...jom la hunting pelita topi ni. Hai takan tokei pelita tak dapat cari pelita camni?? Eija tolong jawab.

Pelita Bertopi lagiiii

Salam pagi Jumaat..
Harap semua sihat dan ceria selalu. Saya je yang tak brapa nak sihat. baru baik demam. Tapi hari ni dah bersemangat sikit pasal sabtu ni nak terima pelita baru dari tokei pelita. Hehehe





Bukan Naga jer yang pandai pakai topi tau, Ikan jepun pun nak follow pakai topi..hehe


Ini Naga Jepun pakai topi.. Cantiq?





Pelita Topi...macam jeli ek? Colour ori, bukan makeover...Jepun mari jugak. Cantiq macam jelly.


Cukupla sampai sini untuk sementara waktu. Lia ada lagi nak ditunjukkan kat sini. Nanti ada masa sambung lagi. Ta tin tun..

Monday, January 18, 2010

Pelita Bertopi

Tak leh tido mata ni. Apa taknya leka kat blog..hehehe. Tadi ternampak kat Laman Seni Zai; Pelita bertopi. Bila bukak je, mata nipun terbukak terang. Memang kelas la Kak Zai.





Ini 1st pelita topi yang saya ada. Jelous tengok kawan ada pelita macam ni. Tapi akhirnya dapat gak hasil usaha sendiri.










Dapat dari seorang kawan. Terima kasih.






Pelita ni Jepun mari.


Pelita topi ni terkenal dikalangan masyarakat cina. Mereka pakai masa hari kahwin je. Letak dalam bilik tidur. tradisi agaknya.