Salam untuk semua.
Selamat datang ke blog saya, Lia Cantiq Collections. First time nak create blog ni.. hehehe.
1st January 2010, hari cuti sedunia tak kemana pun macam selalu. Dari pagi dok ngadap laptop ni. Hah.. berpeluh den. Akhirnya dapat gak. yes!
Tak ada apa yg menarik pun tentang saya, lia. Just nak share collections yg ada..
Selamat menjamu mata dengan koleksi saya yang cantiq dan comel.

My first pelita

My first pelita
Inilah pelita pertama yang saya beli 10 tahun dulu. Made in India. Lain barang yang di cari, ini yang saya dapat. Cantiqkan!

Followers

Wednesday, December 1, 2010

Pelita Teapot Roses

Salam.... teringatkan pelita yang sudah sebulan saya terima dan pelita terbaru dalam koleksi pelita yang ada. Pelita comel ni berbentuk teko kecil;




Inilah pelitanya... cantiq! Terbang jauh dari seberang laut. Berdebar setiap kali menanti pelita-pelita ni sampai, takut pecah jer. Sampai disini untuk kali ini. Tunggu apa yang akan muncul dari almari antik lia cantiq collections 

Tuesday, November 30, 2010

Bertemu kembali..

Salam dan bertemu kembali. Sudah lama saya menyepi menyorokan pelita yang ada..hehehe. Tak kemana hilangnya lia. Masih ada cuma menyepi seketika.. 
Dalam kesepian yang seketika ini saya nak tunjuk pelita yang pecah, pecah berkeping-keping.. 
 Ingat tak pelita cantiq ni.. cantiq sangat. Memang tiada rezeki saya.. saya hampir kehilangannya tetapi masih berbasib baik cuma 
chimney dan capnya sahaja yang pecah. Kenapa pecah?? tahlah, 
memang dia tak suka duduk dengan saya agaknya..hehehe
So sebagai ganti lia yang kreatif ni mencabut chimney pelita lain 
sebagai ganti..
Match tak? Bolehlah.. Sebenarnya cap yang asal masih boleh digamkan semula tapi.. nantilah. Kalau dah ada nnti saya tunjukkanya.

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat hari raya buat semua pengunjung blog lia cantiq collections dan http//galeriliacantiq.blogspot.com. Maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata, terlanjur tutur bicara, terkasar bahasa dan ada yang terasa dihati. 
Terima kasih juga buat Kak chah dari Teratak Puteri yang sudi beri kad raya ni.. kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.

Monday, August 23, 2010

Lampu Tidur Jadi Igauan...

Salam Ramadhan al mubarak. Mata asyik ngantuk je bulan puasa ni. Emmm, bestnya kalau tidur diterangi samar lampu minyak moss rose yang cantiq ini..lena diulit mimpi mau terbabas sahur nanti.. Jom kita tengok Porcelain Rose Boudoir Oil Lamp CMI chadwick Japan ni. Sangat menggoda peminat Moss Rose. Pelita ini dari base sampai ke topi mewah dengan moss rose Disetiap penjuru ada moss rose. 

Dari pandangan sebelah atas. Saja nak tunjuk bunga disekeliling tudung/topi pelita ni. 
Yang ini pun sama. Ada 4 kuntum moss rose pada botol pelita.
Jangan marah ye kengkawan, asalnya memang ada 2 biji, 1 untuk awak, 1 untuk saya...hehehe..

Tuesday, August 17, 2010

Happy Anniversary!!


Salam dan bersua kembali setelah lama menyepi. Pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya saya menyimpan koleksi pelita..Taraaa... Happy Anniversary. Sudah genap setahun, kebetulan pula saya mendapat pelita special ni.. Pelita anniversary made in Japan. 
Design pada botol pelita ni hand painted. Siap dengan ucapan 'Happy Anniversary' lagi. Memang cantiq.

Made in Japan..alamak tak perasan serial no. lia cantiq collections pun ada kat situ. Sesiapa yang berminat dengan pelita special ni, bolehlah call saya. Saya mungkin boleh menunaikan hajat anda untuk menghadiahkan pada yang tersayang...

Sunday, August 8, 2010

Sekadar mengingatkan...Hak Cipta Terpelihara

Salam.. Harap tiada yang lupa pada saya yang agak ketandusan n3 sejak kebelakangan ini. Memang kritikal penyakit 'M' saya...hehehe..
Dalam tempoh berehat ni, saya sempat berjalan-jalan melawat kawan-kawan bloggers yang lain. Malah sempat juga jengok-jengok ke webpage yang lain. Tetiba mata ni terpandang gambar-gambar yang amat saya kenal. Mungkin cantiq gambar tu membuatkan ia diabadikan di webpage tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ada pula yang terlupa memberi salam. Saya tidak kisah kalau ada sesiapa yang amat berkenan dengan gambar cantiq dari blog saya. tetapi sekurang-kurangnya berilah salam dan mohon izin. Saya bukanlah insan yang terlalu berkira sangat. Cuma kan lebih manis kalau kita minta izin untuk meminjam sesuatu dari tuan punya barang.Renung-renungkan dan selamat menjualllllllll